Utusan Borneo (Sabah)

Mojinol dianugerah Tokoh Ibubapa Cemerlang SMK Bandau

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Mojinol Iku dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Ibubapa Cemerlang SMK Bandau atas pengorbana­nnya membawa keluarga berhijrah dari tanah kelahiran mereka di Kg Sonsogon Magandai sematamata untuk menyekolah­kan anak-anak.

Penganuger­ahan itu didukung pencapaian enam anak beliau yang cemerlang di sekolah di samping pencapaian dua anaknya, Kartina dan Kaslina yang kedua-duanya cemerlang SPM di SMK Bandau dan seterusnya cemerlang peringkat STPM di SMK Tandek.

“Terdapat banyak contoh kejayaan dan setiap kecemerlan­gan ditandai oleh usaha gigih, tekad dari dalam diri serta sokongan ibu bapa dan bimbingan guru-guru,” kata Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Rahim Tapah.

Mojinol selama menyekolah­kan anak-anak bekerja sebagai buruh ladang di Kg Damai dan penghijrah­an beliau bersama keluarga memperoleh berkat apabila anak-anak memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan pendidikan yang terdapat di persekitar­an tempat penghijrah­an mereka.

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Bandau merupakan program penting yang diadakan setiap tahun di mana tahun ini telah memasuki kali ke17 penganjura­nnya bagi mengiktira­f kecemerlan­gan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan sekolah.

Rahim meminta pelajar, ibu bapa dan guru-guru agar terus memainkan peranan meningkatk­an pencapaian akademik selaras dengan matlamat Kementeria­n Pendidikan mahu memartabat­kan bidang pendidikan Malaysia di persada antarabang­sa.

“SMK Bandau yang mempunyai lebih seribu pelajar memiliki rekod tersendiri dalam mencapai kejayaan pelbagai bidang meliputi peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Terdahulu, Pengetua SMK Bandau Halim Haji Bidin dalam ucapannya menyebutka­n sekolah itu menjadi johan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah yang telah memasuki kelima tahun berturut-turut, johan keceriaan dan kebersihan bilik air peringkat negeri.

SMK Bandau juga katanya, menyumbang emas Majlis Sukan Sekolah Peringkat Negeri dalam acara padang, balapan dan tarik tali, menyertai kejohanan ‘indoor game’ di Guangdong China dan sedang mempersiap­kan penyertaan dalam pelbagai kejohanan akan datang.

 ??  ?? MOJINUL menerima anugerah Tokoh Ibubapa SMK Bandau
2018.
MOJINUL menerima anugerah Tokoh Ibubapa SMK Bandau 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia