Utusan Borneo (Sabah)

Jangan keliru hubungan saya dan Saddi: Bung

-

KINABATANG­AN: Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatk­an rakyat di kawasan ini agar tidak keliru dan membuat dakwaan bahawa hubunganny­a rengang dengan calon BN Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Beliau berkata, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya beliau dan Saddi mempunyai hubungan baik.

Jelasnya, pada pilihan raya kali ini, beliau dan Saddi tidak mempunyai banyak masa untuk bersama kerana beliau terpaksa melakukan kempen ke seluruh kawasan Kinabatang­an, manakala Saddi berkempen di kawasan Sukau.

“Pembangkan­g cuba menggembar-gemburkan hubungan kami dan mengambil kesempatan. Ia supaya rakyat keliru dan memberikan sokongan simpati kepada calon Warisan. Inilah perbuatan dan adu-domba pembangkan­g yang mengambil kesempatan dalam kesempitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dalam siri kempen bersama di Kampung Gumantong Jaya, Sukau, pagi Ahad.

Calon Parlimen Kinabatang­an bagi panggal kelima itu menegaskan, rakyat yang bijak tidak akan terkeliru dengan suasana itu, hanya semata-mata ada pergeseran dirinya dengan Saddi ekoran pemilihan parti yang lepas.

Katanya, keadaan itu sudah lama berakhir. Beliau dan Saddi kerap bertemu di majlis-majlis kerajaan dan parti.

“Kami bertegur sapa. Dia menemui saya untuk bertanyaka­n sesuatu. Kami tidak ada masalah. Kami satu parti dan kerajaan. Tidak ada masalah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu rakyat supaya tidak terikut-ikut dengan membuat spekulasi berhubung hubungan mereka berdua.

“Apa yang penting, kita harus bekerja keras bersamasam­a sama ada di seluruh Kinabatang­an atau DUN Sukau. Kita mesti kuat bekerja memenangka­n Saddi di Sukau dan Datuk Masung Banah yang bertanding di DUN Kuamut.

“Kalau kalah, kita semua malu. Saya sudah menjadi pemimpin beberapa panggal di kawasan ini. Maka kita tingkatkan usaha untuk kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

Terdahulu itu, Saddi menghargai kerjasama yang diberikan pihak Umno Bahagian Kinabatang­an dan kerjasama yang padu itu menandakan kejayaan besar BN diperolehi pada hari penentuan PRU14 malam 9 Mei ini.

“Saya sudah tegaskan awal lagi kepada rakyat bahawa tujuan saya mewujudkan Pusat Daerah Mengundi Sokongan (PDMS) di 11 kawasan PDM DUN Sukau tidak lain tidak bukan hanya untuk kemenangan BN, jika saya ditakdirka­n bertanding semula.

“Hari ini, PDMS ini bukan saja membantu semua PDM kawasan yang diwujudkan Umno bahagian, tetapi juga Datuk Seri Bung Moktar yang bertanding di kawasan Parlimen Kinabatang­an.

“Saya turut berdoa kepada beliau supaya dia dan Datuk Masiung Banah mencapai kemenangan besar,” katanya.

 ??  ?? BUNG Moktar membisikka­n sesuatu kepada Saddi sempena majlis itu.
BUNG Moktar membisikka­n sesuatu kepada Saddi sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia