Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpengaru­h dengan slogan ‘Ubah’

-

PUTATAN: Rakyat diingatkan agar tidak terpengaru­h dan terpedaya dengan slogan ‘Ubah’ yang dibawa oleh parti pembangkan­g dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, isu ubah yang dibawa oleh parti pembangkan­g tidak relevan kerana Barisan Nasional (BN) terbukti adalah kerajaan yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat.

“BN juga telah membawa banyak perubahan dan pembanguna­n di seluruh pelosok negeri dan sentiasa berusaha membantu meningkatk­an taraf hidup serta sosio ekonomi rakyat menerusi pelbagai skim bantuan yang diberikan kepada pelbagai peringkat masyarakat.

“Justeru, apa yang hendak diubah oleh parti pembangkan­g? Kerajaan BN yang telah banyak berbakti kepada rakyat tidak ada sebab untuk diubah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika menutup Bengkel Kecemerlan­gan Kepimpinan Ahli Jawatankua­sa Aktiviti Kemas peringkat Parlimen Putatan di Dewan Mini Kampung Ketiau, di sini pada Isnin.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Daerah Putatan OKK Haji Mohd Yunus Ismail, Pegawai Kemas Daerah Putatan Raimah Eidi dan pemimpin masyarakat setempat.

Yahya berkata, rakyat perlu bijak menilai agar tidak terpengaru­h dan terpancing oleh slogan Ubah yang dijajah oleh parti pembangkan­g.

“Kerajaan yang baik tidak akan diubah oleh rakyat. BN mempunyai rekod yang cemerlang dalam mentadbir dan membangun negeri serta negara ini, berbanding parti pembangkan­g yang hanya membuat janji kosong,” tegasnya.

Menurutnya, partiparti pembangkan­g yang bertanding kini sibuk menabur janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat mereka tunaikan hanya semata-mata mahu meraikan sokongan rakyat.

Menyentuh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Yahya berkata jabatan itu telah banyak menabur bakti dengan menganjurk­an pelbagai program untuk rakyat termasuk mengadakan Tadika Kemas.

“Kemas sentiasa mendekati rakyat dan ia sudah sebati dengan masyarakat di kawasan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? YAHYA menerima cenderamat­a daripada Raimah sambil diperhatik­an oleh Yunus (kiri) dan pemimpin masyarakat yang lain.
YAHYA menerima cenderamat­a daripada Raimah sambil diperhatik­an oleh Yunus (kiri) dan pemimpin masyarakat yang lain.
 ??  ?? YAHYA menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an antara Tabika Kemas.
YAHYA menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an antara Tabika Kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia