Utusan Borneo (Sabah)

KYC tawan perairan Tanjung Aru

Regatta Sabah Fest dan Pesta Menuai Terbuka 2018

- OlehDESMON­D QWEK

KOTA KINABALU: Para pelayar Kinabalu Yacht Club (KYC) menawan perairan Tanjung Aru semasa Regatta Sabah Fest dan Pesta Menuai Terbuka 2018 di sini pada Ahad.

Atlet-atlet tuan rumah mendominas­i perlumbaan edisi Ke-32 tahun ini dengan membolot 17 tempat pertama menerusi Perlumbaan Bersiri dan Marathon.

Dalam Perlumbaan Bersiri, para pelayar KYC merangkul 10 gelaran diikuti Navy Yacht Club Kota Kinabalu (NYCKK) dengan dua gelaran, Persatuan Pelayaran Sabah (Saila) dan Tawau Yacht Club (TYC) masing-masing dengan satu gelaran.

KYC menerusi Brandan Yap Zhen Xian memenangi Optimist Novis Keseluruha­n, Calista Teo Jing Yi (Optimist Keseluruha­n dan Divisyen B), Evan Teo Hao Yang (Optimist Divisyen A), Ambigavall­i Grant (Kelas Laser Radial), Md Zahimulhak­im Zainal (Kelas Laser STD), Velant Grant (Laser 4.7 Keseluruha­n), Timothy Chung Pui Tung (Windsurf Starboard Phantom 295 Keseluruha­n), Dr. Jason Teo Tze Wi (Windsurf Race Boat Keseluruha­n Terbuka) dan John Malthouse/Jen- nifer Chin (Kelas Int. 470 Veteran).

Mohd Zaidey Bahadun dan Mohd Amirul Haqim yang mewakili NYCKK masingmasi­ng mengunggul­i perlumbaan untuk Kelas Int. 470 dan Int. 470 Keseluruha­n.

Manakala pelayar Saila; Siti Nur Fauzana Faizam merangkul gelaran Windsurfin­g Novice Keseluruha­n Terbuka dan Chow Khai Yong yang mewakili TYC menjuarai Optimict Divisyen C.

Dalam kategori Marathon, KYC membolot tujuh gelaran sambil NYCKK dan TYC masing-masing dengan dua gelaran.

Brandan meraih gelaran keseluruha­n kedua menerusi acara Optimist Marathon Novis

Bagaimanap­un, Ambigavall­i yang menjuarai perlumbaan Kelas Laser Radial meraih gelaran terbesar dengan muncul selaku juara keseluruha­n Dinghy Terbuka untuk menjulang Trofi STPC Handicap Marathon.

Lima lagi gelaran yang disapu oleh KYC diperoleh menerusi gandingan John/Jennifer (Kelas Int. 470 Veteran), Velan (Kelas Laser 4.7), Evan (Optimists Marathon Divisyen A) dan Zeti Irdina Zainal (Optimists Marathon Divisyen B). Khai Yong memenangi dua gelaran untuk TYC masing-masing menerusi Optimists Marathon kategori Divisyen C dan Keseluruha­n, sambil dua gelaran NYCKK dimenangi menerusi gandingan Zaidey/Amirul (Kelas Int. 470) dan Azmi Rosli (Kelas Last STD).

Komodo KYC Albert Shim ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah memberitah­u, kira-kira 50 atlet pelayaran menyertai perlumbaan dua hari itu.

 ??  ?? (Gambar atas) ALBERT Shim (belakang lapan kiri) bersama tetamu kehormat dan para pemenang Regatta Sabah Fest dan Pesta Menuai Terbuka 2018 di KYC, Tanjung Aru pada Ahad. (Gambar kiri) AMBIGAVALL­I Grant bersama Piala Juara Keseluruha­n.
(Gambar atas) ALBERT Shim (belakang lapan kiri) bersama tetamu kehormat dan para pemenang Regatta Sabah Fest dan Pesta Menuai Terbuka 2018 di KYC, Tanjung Aru pada Ahad. (Gambar kiri) AMBIGAVALL­I Grant bersama Piala Juara Keseluruha­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia