Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g tidak ikhlas

Terbukti dengan keengganan Mahathir bertemu rakyat Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad datang berkempen di Sabah adalah tidak ikhlas terhadap rakyat negeri ini.

Katanya, beliau (Mahathir) dicalonkan pembangkan­g sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi enggan datang bertemu dengan rakyat Sabah.

“Dia mahu jadi PM tetapi pelik. Niat mahu jadi PM tapi satu hari pun tidak berkempen di Sabah.

“Mengapa? Adakah anda semua suka dia datang? Adakah anda semua suka pemerintah­an beliau selama 22 tahun? Kalau anda semua tidak suka, maka tolak dia sebagai PM,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Barisan Nasional (BN) Bersama Rakyat, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata, Tun Mahathir tidak boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya meninggalk­an Sabah di belakang.

“Beliau tidak memikirkan tentang orang Sabah, tidak sayang kepada orang Sabah... tetapi saya sayang kepada orang Sabah.

“Oleh itu, selama sembilan tahun saya menjadi Perdana Menteri, saya telah membawa banyak projek pembanguna­n untuk Sabah,” katanya.

Najib yang juga pengerusi BN berkata, Mahathir juga gagal melaksanak­an tugasnya untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak sebaliknya Pan Borneo yang dibinanya itu akan memberikan manfaat kepada rakyat di kedua-dua negeri itu dalam pembanguna­n ekonomi.

“Dia juga membuat jalan di Semenanjun­g tetapi dikenakan tol...dia tak buat lebuh raya di Sabah, Sarawak. Saya bawa Pan Borneo ke sini tanpa tol,” katanya.

Menurutnya, tidak ada gunanya untuk memberikan sokongan kepada pembangkan­g sekiranya Putrajaya terus kekal bersama BN pada malam 9 Mei.

Beliau juga meneliti hak-hak orang Sabah yang menjadi perjuangan BN dan bukannya pemimpin Parti Warisan Sabah.

“Saya mesti kena hormat kepada orang Sabah, kita tidak akan mengambil hak orang Sabah.

“Kini guru di Sabah hampir 86 peratus adalah orang Sabah sendiri, kita juga akan menaikkan pangkat orang Sabah yang bekerja di peringkat persekutua­n,” katanya.

Najib turut mempersoal­kan keupayaan Tun Mahathir yang kini telah berusia 93 tahun sama ada beliau masih mampu memimpin negara.

“Bolehkan seseorang yang berumur 93 tahun itu memimpin Malaysia ke arah masa depan yang lebih cerah...anda semua fikirfikir­kanlah sendiri.

“Lepas dua tahun, dia ingin serahkan jawatan Perdana Menteri kepada siapa? Wan Azizah? Lim Kit Siang?” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman serta calon BN Parlimen Penampang Ceasar Mandela Malakun, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan Datuk Francis Goh dan calon BN DUN Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau serta pemimpin BN yang lain.

“Beliau tidak memikirkan tentang orang Sabah, tidak sayang kepada orang Sabah...tetapi saya sayang kepada orang Sabah. Oleh itu, selama sembilan tahun saya menjadi Perdana Menteri, saya telah membawa banyak projek pembanguna­n untuk Sabah.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB (tiga kiri) dan Musa (dua kanan) bersama Pairin (dua kiri) merakamkan gambar kenangan.
NAJIB (tiga kiri) dan Musa (dua kanan) bersama Pairin (dua kiri) merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? NAJIB (depan) diiringi Musa ketika tiba di majlis itu.
NAJIB (depan) diiringi Musa ketika tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia