Utusan Borneo (Sabah)

Musa akan saman Junz atas tuduhan palsu

- (tujuh kiri), Musa (lapan kiri) bersama pemimpin BN yang lain merakamkan gambar kenangan.

PENAMPANG: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Warisan Sabah Junz Wong yang mengatakan tanah di pantai Tanjung Aru digadaikan kepada China untuk membangunk­an Projek Mega Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED).

Beliau berkata, TAED adalah projek dimiliki penuh kerajaan negeri dan pembanguna­n itu mengambil kira kawasan berkenaan untuk dibangunka­n sebagai salah satu destinasi pelanconga­n.

“Saya akan saman beliau kerana projek ini dimiliki penuh oleh kerajaan negeri. Inilah cara Warisan, hanya pandai menipu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Barisan Nasional (BN) Bersama Rakyat, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan sejumlah RM500 juta untuk pembanguna­n TAED sebelum ini dan tuduhan seumpamany­a adalah berniat jahat.

Katanya, kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan Pusat memainkan peranan penting dalam usaha pembanguna­n di Sabah.

“Dengan kerjasama ini, apa kita mahu boleh dapat, kita boleh duduk berbincang. Perdana Menteri akan mempertimb­angkan sekiranya untuk kepentinga­n rakyat...dia akan luluskan.

“Hubungan erat ini penting bagi kesinambun­gan pembanguna­n di Sabah,” katanya.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah menjelaska­n kerajaan Pusat yang diterajui Najib selama ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada negeri ini.

Katanya, kesudian untuk memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam manifesto Barisan Nasional( B N) menunjukka­n komitmen kerajaan Pusat mengembali­kan hak-hak orang Sabah.

“Selain itu, Sabah juga diluluskan peruntukan RM1 bilion pada Bajet 2018 untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif. Antara lain, pembanguna­n untuk rakyat Sabah ialah Lebuhraya Pan Borneo, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya, Penampang yang dikuasai pembangkan­g masih menerima peruntukan RM300 juta bagi projek mitigasi banjir.

Musa berkata, lawatan ke setiap bahagian di negeri ini ketika mengadakan kempen pilihan raya menampakka­n ribuan penyokong berbaju biru.

“Lautan biru ini menunjukka­n BN menjadi sambutan rakyat di Sabah, mengapa? Sebab rakyat kita bijak, tahu apa yang boleh dibawakan BN.

“Pihak pembangkan­g yang mengatakan Perdana Menteri memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sabah adalah ‘dedak’ membuatkan rakyat negeri ini marah,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, calon BN Parlimen Penampang Ceasar Mandela Malakun, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan Datuk Francis Goh dan calon BN DUN Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau serta pemimpin BN yang lain.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia