Utusan Borneo (Sabah)

BN Penampang perlukan mandat rakyat

- kanan: Ceasar, Donald, Francis, Musa, Najib dan Pairin di majlis itu. - Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) Penampang memerlukan mandat rakyat bagi memastikan pembanguna­n di daerah ini terus berkembang maju di masa hadapan.

Calon BN Parlimen Penampang Ceasar Mandela Malakun berkata, daerah itu masih memerlukan lebih banyak pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

“Masih terdapat banyak kampung di sini tidak mempunyai jalan sewajarnya, air pun tidak sampai di sesetengah kampung.

“Banjir masih berlaku dengan kerap dalam sebulan selain pembanguna­n untuk pertanian turut kurang. Di Babagon contohnya, masih tidak mempunyai talian komunikasi yang sepatutnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Barisan Nasional (BN) Bersama Rakyat, di sini, malam Ahad.

Beliau turut berjanji sekiranya diberi mandat di Penampang segala kekurangan itu akan diperbaiki.

Katanya, ekonomi Penampang juga akan ditingkatk­an untuk kesejahter­aan masyarakat di sini.

Sementara itu, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin berkata, jangan sesekali percaya kepada kata-kata pembangkan­g yang mengatakan negara tidak stabil.

Katanya, peruntukan untuk hospital, sekolah, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Perumahan Rakyat (PPR) serta program lain memerlukan perbelanja­an berpuluhan bilion setahun.

“Macam mana negara kita bankrap sekiranya kerajaan masih boleh mengeluark­an perbelanja­an sebanyak itu.

“Sosial kita juga stabil, ambil contoh Sabah, kita mempunyai banyak parti politik tetapi masih dalam keadaan aman dan tidak wujud sebarang kekacauan,” katanya.

Menurutnya, parti komponen BN di Penampang mempunyai kerjasama yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun ini dengan satu tujuan untuk merampas kembali semua kerusi di sini.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan parti yang tidak mempunyai pendirian dan rakannya sering berubah.

“Kita dalam BN mempunyai Perdana Menteri yang bantu rakyat, saya percaya 10 Mei ini kita akan kembali memerintah di Sabah dan Malaysia secara keseluruha­n,” katanya.

Manakala, calon BN DUN Kapayan Datuk Francis Goh berkata, manifesto BN Pusat dan negeri membuktika­n komitmen kerajaan BN untuk kepentinga­n rakyat Sabah.

Katanya, rakyat mampu melihat bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuang­kan dalam keduadua manifesto itu.

“Saya mengingatk­an rakyat di sini agar pilih pemimpin berjiwa rakyat yang mempertaha­nkan hakhak orang Sabah,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau serta pemimpin BN yang lain.

 ??  ?? DARI
DARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia