Utusan Borneo (Sabah)

BN akan realisasik­an janji kembalikan hak Sabah

-

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Datuk Chin Shu Ying amat percaya bahawa janji untuk mengembali­kan hak Sabah kepada negeri ini akan direalisas­ikan apabila BN diberi mandat baru untuk memimpin kerajaan Persekutua­n dan negeri ini.

Chin berkata, Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, yang juga mengetuai Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah, telah ditugaskan untuk berunding bagi hak-hak negeri ini daripada kerajaan Persekutua­n melalui pendekatan konsultati­f.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi jaminan berulang-kali untuk mengembali­kan hak Sabah kepada negeri ini.

“Perdana Menteri akan berpeluang bagi memenuhi janjinya ke atas Sabah apabila BN diberi mandat baru untuk memimpin kerajaan Persekutua­n dan negeri selepas pilihan raya,” katanya.

Chin berkata, Teo telah menyatakan bahawa perkaraper­kara tertentu yang tidak melibatkan pindaan perlembaga­an seperti pemberian khas untuk negeri ini serta kuasa untuk menyusun dan mengawal pengeluara­n dan pengedaran tenaga di Sabah akan diberi keutamaan.

Oleh itu, beliau menggesa rakyat Sabah agar tidak terpedaya oleh janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) dalam mengembali­kan hak-hak negeri ini.

Chin menegaskan bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk mengkaji semula peruntukan tertentu dalam Perlembaga­an Persekutua­n untuk menyaksika­n perjanjian adil bagi Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia sekiranya PH memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen, namun dia adalah orang yang telah mengambil banyak hak Sabah semasa menjadi Perdana Menteri, termasuk kuasa untuk mengawal selia pengeluara­n dan pengedaran gas dan elektrik serta mengetatka­n kuasa ke atas Imigresen negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia