Utusan Borneo (Sabah)

Pertimbang empat perkara

Peringatan Joachim kepada rakyat sempena PRU14

-

RANAU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam menyampaik­an empat perkara yang perlu dipertimba­ngkan oleh setiap rakyat khususnya yang berada di negeri ini sebelum menunaikan tanggungja­wab mereka memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, perkara pertama ialah rakyat perlu menilai siapakah yang selama ini telah terbukti mampu menjaga keharmonia­n negara sejak merdeka meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Beliau berkata, hubungan serasi antara setiap kaum khususnya di negeri ini tercapai kerana kerja keras kerajaan BN melalui dasar yang berkesan sehingga mewujudkan satu ikatan toleransi antara rakyat yang mempunyai budaya berbeza.

“Kedua adalah pemimpin kita yang ada sekarang telah memberikan kestabilan politik kepada negara khususnya negeri Sabah ini adalah punca kita boleh buat apa sahaja untuk rakyat. Tanpa kestabilan politik mana mungkin ada hubungan baik ini serta tidak mungkin ada kerjasama baik antara kerajaan Pusat dan negeri selama ini.

“Bila kita berhadapan pilihan raya, fikirlah dan renunglah siapa yang dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, citacita dan masa hadapan anakanak kita,” katanya ketika melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Kundasang, di sini.

Joachim berkata, perkara ketiga ialah rakyat mesti menilai siapa yang mampu menjaga keamanan negara daripada ancaman asing dan jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, kemajuan ekonomi dan keupayaan serta kesungguha­n kerajaan untuk membela nasib rakyat adalah perkara keempat yang perlu dipertimba­ngkan demi memastikan rakyat dapat hidup aman dan selesa sepanjang masa.

Jelas beliau, bagi mencapai perkara itu, kerajaan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat dasar bahawa setiap hasil negara tidak perlu disimpan sebaliknya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah serta pelbagai lagi bantuan lain.

Bila kita berhadapan pilihan raya, fikirlah dan renunglah siapa yang dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, cita-cita dan masa ” hadapan anak-anak kita.

DATUK DR JOACHIM GUNSALAM Calon BN di DUN Kundasang

 ??  ??
 ??  ?? JOACHIM (empat dari kiri) menerima borang keahlian BN daripada bekas ahli Warisan diperhatik­an oleh Arthur (tiga dari kiri).
JOACHIM (empat dari kiri) menerima borang keahlian BN daripada bekas ahli Warisan diperhatik­an oleh Arthur (tiga dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia