Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi dinasihati tidak terperdaya serangan pembangkan­g

-

KOTA BELUD: Pengundi di sini dinasihatk­an agar tidak terperdaya dengan serangan pada saat-saat akhir ke atas kerajaan dan Barisan Nasional (BN) oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga calon BN N6 Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, pihaknya yakin pembangkan­g yang terdesak akan menggunaka­n pelbagai cara termasuk memfitnah BN seperti yang dilakukan pada PRU terdahulu.

“Saya hampir pasti di saat-saat akhir akan ada serangan untuk mencipta dan membaling fitnah ke atas BN.

“Jadi jangan pernah terperdaya dengan fitnah yang disebarkan bukan sahaja dalam bentuk risalah tetapi juga dalam media sosial.

“Saya juga berharap penyokong dan jentera BN mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi serangan ini,” katanya.

Beliau yang juga timbalan pengarah PRU14 P.169 Kota Belud dan Pengarah PRU DUN Tempasuk serta Kadamaian berkata demikian pada Majlis Perhimpuna­n seramai 1,696 Ketua K30 P169 Kota Belud bertempat di Dewan Datuk Musbah, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Musbah meminta agar semua parti bersiap sedia ketika menghadapi pembunuhan karakter yang dilakukan ke atas calon-calon BN sematamata untuk memburukka­n reputasi mereka.

“Saya dapati serangan bukan sahaja berlaku di sini tetapi juga di tempat lain. Jadi jentera parti akan melakukan pemantauan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia