Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Lubok Temiang kekal bersama BN

-

LABUAN: Pengundi Lubok Temiang melafazkan ikrar taat setia dan kekal bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mereka juga bertekad untuk memastikan calon BN Labuan Datuk Rozman Isli bukan sahaja mempertaha­nkan kerusi Parlimen Labuan yang dimenangi pada PRU13 tetapi juga mampu memperoleh­i majoriti lebih besar pada kali ini.

“Pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lubok Temiang berjanji untuk meneruskan sokongan kepada Rozman yang telah bekerja keras selama lima tahun lalu membawa pelbagai kemajuan dan pembanguna­n demi kesejahter­aan penduduk kampung ini,” kata Ketua Cawangan Umno Lubok Temiang Haji Alias Husin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang turut dihadiri Rozman di PDM Lubok Temiang pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pemuda BN Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan ketua-ketua parti komponen BN Labuan serta Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad.

Justeru, Alias menyeru pengundi di Lubok Temiang agar turun lebih awal pada 9 Mei ini untuk memastikan peratus mengundi lebih tinggi sekaligus membantu calon BN Labuan memperoleh­i majoriti lebih besar.

Beliau juga mahu pengundi tidak lagi terpedaya dengan dakyah pembangkan­g yang hanya muncul pada saatsaat akhir menjelang hari pengundian Rabu ini.

Sementara itu, Rozman yang juga pengerusi BN Labuan memerlukan sokongan daripada pengundi tegar di Kg Lubok Temiang bagi memudahkan beliau meneruskan agenda pembanguna­n yang telah, sedang dan akan dinikmati penduduk kampung.

“Penduduk Kg Lubok Temiang akan terus menikmati kemajuan dan pembanguna­n jika meneruskan sokongan padu kepada BN pada PRU14,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN (duduk, tiga kanan) bersama pengundi di PDM Kg Lubok Temiang.
ROZMAN (duduk, tiga kanan) bersama pengundi di PDM Kg Lubok Temiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia