Utusan Borneo (Sabah)

Projek naik taraf Sg Moyog jejas kehidupan rakyat

-

PENAMPANG: Calon Parti Star bagi kerusi Parlinen P.174 Penampang Cleftus Stephen Spine berkata, projek menaik taraf Sungai Moyog yang dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) telah menjejaska­n kehidupan rakyat.

Ia kerana jelasnya, penduduk yang terlibat dengan projek itu akan kehilangan tempat tinggal, hasil pertanian musnah, selain kehilangan perusahan seperti bengkel kenderaan, kedai runcit dan sebagainya.

Menurut beliau, semasa mengadakan lawatan di kampung-kampung terlibat, beliau dimaklumka­n oleh penduduk bahawa pampasan yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa satu majlis diadakan antara penduduk terlibat dan pemimpin BN yang dihadiri oleh Pengerusi BN Penampang Datuk Donald Mojuntin, Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose dan calon BN Parlimen Penampang Ceaser Mandela Malakun untuk menerangka­n pelaksanaa­n projek berkenaan serta pampasan yang ditawarkan.

“Menurut mereka pampasan yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak mencukupi untuk membina rumah baharu. Mereka mahu kerajaan mencari tapak baharu untuk mereka mendirikan rumah sebelum projek itu dilaksanak­an,” katanya.

Cleftus akan mengetenga­hkan perkara itu sebagai agenda utamanya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada PRU14.

Beliau akan berhadapan calon BN Ceaser Mandela Malakun, Darell Leiking (Warisan) dan Dr Edwin Bosi (PAN) bagi kerusi Parlimen P.174 Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia