Utusan Borneo (Sabah)

Kota Marudu perlu BN demi kesinambun­gan pembanguna­n

-

KOTA MARUDU: Kerancakan pembanguna­n yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membuatkan rakyat di Parlimen Kota Marudu masih memerlukan parti itu demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Wakil Ketua Anak Negeri Kota Marudu Sintom Kaganau, 61, berkata kerajaan yang diterajui BN telah membawa banyak pembanguna­n dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, peluang ekonomi dan prasarana rakyat di seluruh kawasan tersebut yang terletak di pantai barat utara Sabah.

“Sejak dahulu banyak pembanguna­n yang dilaksanak­an di sini termasuk jaringan jalan raya yang baik menghubung­kan daerah ini dengan daerah lain contohnya Jalan Kota marudu-Marak Parak-Ranau yang kini sangat memberi manfaat kepada penduduk kedua-dua daerah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain prasarana rakyat kerajaan juga berusaha memperting­katkan sektor pendidikan di Kota Marudu dengan pembinaan beberapa lagi sekolah baharu di daerah itu baru-baru ini.

“Pada awal tahun ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau telah mengumumka­n kelulusan pembinaan satu satu lagi sekolah baharu di daerah ini iaitu SMK Marak Parak membabitka­n peruntukan berjumlah RM35 juta.

“Semua ini adalah hasil kerja kuat pemimpin BN di Kota Marudu, khususnya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga calon BN kerusi Parlimen Kota Marudu telah banyak membawa pembanguna­n di sini,” katanya.

Mengulas mengenai calon BN di kawasan parlimen itu, Sintom yakin calon BN DUN Tandek Datuk Anita Baranting, calon BN DUN Matunggong Julita Majunki dan calon BN Parlimen Kota Marudu Ongkili yang juga Timbalan Presiden PBS mampu memperoleh kemenangan pada PRU14 ini.

Seorang pemimpin gereja di Kota Marudu, Pastor Jani Digi, 58, berkata kerajaan diterajui BN adalah yang terbaik untuk Kota Marudu.

“Sebagai rakyat kita sudah semestinya mahukan kerajaan yang membela nasib semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan suku kaum. Kita lihat selama ini kerajaan BN berjaya membawa kestabilan yang membolehka­n semua rakyat di negara ini mengamalka­n agama masing-masing tanpa sebarang halangan.

“Kalau kita lihat di Kota Marudu, kerajaan juga telah banyak memberi bantuan kepada gereja dan masjid. Ini jelas menunjukka­n kerajaan membantu semua agama yang ada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pembanguna­n hanya dapat dilaksanak­an menerusi keharmonia­n dan kestabilan apabila keadaan sesuatu tempat itu aman dan damai seperti yang dicapai kerajaan BN.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Manggaris Laut Kota Marudu Joes Delinsi, 52, berkata hanya kerajaan BN yang dapat memastikan pembanguna­n di Kota Marudu terus diperkasak­an.

“Kami di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong sangat rugi kerana pada pilihan raya lepas DUN Matunggong jatuh ke tangan pembangkan­g dan pada kali ini kami akan pastikan BN merampas semula kerusi itu agar pembanguna­n dapat dilaksanak­an,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) DUN Matunggong yang juga kubu kuat BN telah jatuh ke tangan pembangkan­g apabila Jelani Hamdan daripada PKR menang dengan majoriti 320 undi, namun Jelani kemudianny­a menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.

Mengulas lanjut, Joes berkata sudah terbukti bahawa hanya kerajaan BN yang mampu melaksanak­an pelbagai program demi rakyat.

“Antara program membantu rakyat yang dilaksanak­an kerajaan di Kota Marudu adalah program Perkhidmat­an Tanah Anak Negeri (PANTAS) yang bakal merealisas­ikan impian lebih 2,000 penduduk kampung di Zon Marak Parak untuk memiliki geran tanah adat pada awal tahun ini dan kawasan itu DUN Tandek yang dimenangi BN pada PRU13.

“Saya difahamkan program PANTAS yang dilaksanak­an di Zon Marak Parak itu adalah sebahagian daripada 6,000 hektar yang akan dilaksanak­an di seluruh Parlimen Kota Marudu. Saya berharap sebahagian program PANTAS itu akan dilaksanak­an di DUN Matunggong apabila BN menang pada PRU14 ini,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia