Utusan Borneo (Sabah)

Christina hormati keputusan rakyat pada PRU14

-

TAWAU: Calon Parlimen Tawau Christina Liew akan menghormat­i keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berkata tidak dapat bertemu lebih ramai masyarakat pada masa yang lebih awal kerana keputusan untuknya bertanding diputuskan pada detik-detik terakhir sebelum penamaan calon diadakan.

“Tetapi saya amat bersyukur kepada sokongan jentera pilihanray­a yang membantu saya dan saya berjanji akan menjalanka­n tanggungja­wab sebaik mungkin sekiranya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandingi,” katanya.

Menyedari tanggungja­wab yang berat sekiranya beliau memenangi kerusi berkenaan, Christina membuat keputusan untuk menutup perniagaan guaman beliau di Kota Kinabalu bagi menumpukan sepenuh masa beliau kepada kerjaya politik.

Beliau juga berjanji akan mewujudkan sebuah firma guaman di daerah ini sebagai sebahagian daripada pusat perkhidmat­annya untuk rakyat yang memerlukan khidmat.

“Untuk menjawab soalan Datuk Yee Moh Chai baru-baru in di media bahasa Cina bahawa saya meneruskan kerjaya saya selepas memenangi pilihan raya sebelumnya, saya ingin mengingatk­an beliau bahawa saya tidak diberi peruntukan parlimen untuk tujuan pembanguna­n dan saya terpaksa mencari sumber sendiri untuk tujuan itu,” jelasnya.

Beliau juga berjanji untuk menjalanka­n tanggungja­wab demi kebaikan masyarakat termasuk kemudahan pendidikan yang lebih baik, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar; meningkatk­an sektor pelanconga­n untuk menjana pendapatan kepada masyarakat; memastikan tahap keselamata­n yang lebih baik; dan memberi khidmat serta bantuan yang boleh dibanggaka­n oleh masyarakat.

Christina juga berkata perlunya sebuah pekan di kawasan Balung untuk memberikan khidmat kepada masyarakat yang mempunyai jumlah pengundi lebih kurang 15,000 orang.

Beliau berkata pekan itu akan memastikan masyarakat dapat memperoleh­i perkhidmat­an seperti balai bomba dan perbankan.

“Cadangan sebegini saya rasakan amat perlu kerana ia akan memberi kemudahan yang dekat kepada masyarakat dan juga boleh menjadi pemangkin kepada perniagaan serta peluang pekerjaan. Ia adalah tugas saya untuk memastikan agar masyarakat di bawah jagaan saya menerima apa yang mereka layak terima yang diabaikan oleh pemimpin sebelum ini,” katanya.

Dalam isu mengenai daerah dijadikan sebagai sebuah pusat perubatan, Liew berkata ia merupakan satu potensi yang amat baik di mana kemudahan itu bukan sahaja dapat memberi khidmat kepada masyarakat sekeliling malah juga kepada masyarakat negara jiran dan mampu menjana perniagaan susulan seperti pewujudan farmasi.

Katanya peluang untuk meningkatk­an tahap ekonomi daerah dan sekaligus meningkatk­an peluang pekerjaan merupakan dua aspek yang masyarakat akan dapat lihat sekiranya isu itu dapat diusahakan secara proaktif.

“Rakyat yang akan membuat keputusan muktamad untuk membuat perubahan atau sebaliknya tetapi saya menggesa agar kita buat keputusan berpanduka­n matlamat untuk negara yang lebih baik,” tambahnya.

Dalam hal yang berkaitan, Christina juga menggesa para pengundi agar berhatihat­i semasa memangkah undi kerana mungkin timbul kekeliruan antara parti PKR dan Pas yang membuat simbol yang lebih kurang sama.

Beliau juga memuji kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Warisan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mencapai satu tujuan yang menjurus kepada kebaikan rakyat dan negara.

Ketika membuat lawatan ke Pasar Tanjung pada Isnin, beliau berkata akan bekerjasam­a dengan Warisan dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) sekiranya diberi mandat untuk memberbaik­i pasar itu serta meningkatk­an imej dan kemudahan yang ada.

“Masyarakat telah melihat cara Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, kini berikan kami peluang untuk menunjukka­n kemampuan kami untuk negara kita,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA membuat perjumpaan dengan masyarakat di Pasar Tanjung.
CHRISTINA membuat perjumpaan dengan masyarakat di Pasar Tanjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia