Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Labuan perlukan Ahli Parlimen aktif turun padang

-

LABUAN: Masyarakat Labuan khususnya amat beruntung dan memerlukan wakil rakyatnya yang aktif turun padang bagi meninjau permasalah­an rakyat seperti yang telah ditunjukka­n oleh penyandang kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

“Bukan sahaja beliau kerap turun padang namun turut meninjau segala permasalah­an rakyat tanpa mengira kaum dan agama yang ada di Labuan ini,” kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Labuan Datuk Mohd Raffi Ali Hassan ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Komuniti Tionghua Wilayah Persekutua­n Labuan anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di Dewan Foochow, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata dengan kekerapan Rozman turun padang, segala permasalah­an dapat didengari sendiri daripada masyarakat akar umbi dan beliau percaya masyarakat Labuan khususnya kaum Cina dapat menilai sendiri segala usaha beliau untuk membantu menyelesai­kan masalah rakyat di sini.

Katanya, Labuan juga beruntung dengan kepelbagai­an kaum yang ada di sini untuk membolehka­n masyarakat­nya hidup aman damai seperti sebuah keluarga.

“Masyarakat Labuan sejak dahulu lagi telah mengamalka­n kesepaduan kaum yang erat yang menjadi kunci terhadap amalan 1Malaysia di sini dan ia perlu diteruskan ke generasi yang akan datang.

“Ini jelas ditunjukka­n di mana semua kaum di Labuan ini dapat duduk semeja tidak kiralah di kedai kopi mahukan di majlis keramaian yang lain serta mengamalka­n amalan kunjung-mengunjung ketika perayaan sesuatu kaum disambut oleh penduduk di sini,” katanya.

Pada majlis itu juga, Raffi juga turut memuji Dewan Perniagaan Tionghua Labuan yang berjaya mengadakan majlis itu yang mana seramai lebih kurang 700 masyarakat Cina hadir.

Turut hadir, calon BN Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Senator Dewan Negara Datuk Bashir Alias, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii serta ketuaketua parti komponen BN.

 ??  ?? ROZMAN (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ketua persatuan Cina di Labuan.
ROZMAN (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ketua persatuan Cina di Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia