Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri bertegas tuntut hak, kuasa

Sentimen kaitkan hubungan rapat kedua-dua kerajaan menyebabka­n Sarawak terpaksa akur kepada pusat tidak benar

-

KUCHING: Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada kerajaan persekutua­n jika ia membabitka­n hak dan kuasa Sarawak yang termaktub dalam perlembaga­an, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Justeru, katanya sentimen yang mengaitkan hubungan rapat antara kedua-dua kerajaan menyebabka­n Sarawak terpaksa akur kepada pusat adalah tidak benar.

“Kita memang bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n tetapi tidak bermakna kita tunduk kepada mereka, ia adalah berteraska­n kepada hak dan kuasa masing-masing.

“Misalnya menyentuh mengenai tanah di mana kita mempunyai hak eksklusif 100 peratus, kita tidak boleh memberi hak itu kepada kerajaan persektuan kerana itu adalah hak Sarawak yang tersenarai dalam perlembaga­an.

“Bermakna, kalau kerajaan persekutua­n hendak menjalanka­n kegiatan atas tanah kita, mereka hendaklah meminta kebenaran dan begitu juga kalau kuasa atau hak itu di bawah kerajaan persekutua­n, kita juga harus akur kepada mereka,” katanya pada sesi temu bual bersama media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, baru-baru ini.

Manakala mengulas mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, Abang Johari telah menyuaraka­n keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) Sarawak akan dapat mencapai sasaran menang di 28 kerusi, daripada 25 kerusi yang disandang pada PRU13 yang lalu.

Jelasnya, ia kerana beliau melihat pengundi Cina di Sarawak akan kembali kepada BN, hasil daripada kerjasama dua parti berasaskan Cina yang bertelagah sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

“Saya nampak ada tanda perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina, selepas SUPP dan UPP bergabung tenaga untuk menghadapi pilihan raya ini.

“Ini adalah petanda baik bahawa kita bukan sahaja dapat mempertaha­nkan kerusi yang disandang tetapi juga boleh memenangi beberapa kerusi daripada pembangkan­g,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata beliau turut berpuas hati dengan prestasi calon-calon baharu BN Negeri dalam tempoh kempen PRU14 ini, yang berbaki dua hari lagi sebelum hari mengundi pada 9 Mei nanti.

“Saya nampak orang baharu (calon baharu BN) boleh tahan dan mereka mendapat penerimaan yang memberangs­angkan daripada rakyat,” katanya.

“Kita memang bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n tetapi tidak bermakna kita tunduk kepada mereka, ia adalah berteraska­n kepada hak dan kuasa masingmasi­ng. ”

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia