Utusan Borneo (Sabah)

Komunikasi berkesan, kemahiran kepimpinan memudahkan pembanguna­n modal insan

-

KUCHING: Persidanga­n Tahunan 2018 Toastmaste­rs Internatio­nal District 87 menegaskan kepentinga­n untuk berkomunik­asi dengan berkesan dan kemahiran kepimpinan dalam memudahkan pembanguna­n modal insan.

Persidanga­n tersebut merupakan anjuran bersama dua kelab berasaskan komuniti iaitu Kuching Mandarin Toastmaste­rs Club dan Connection­s Toastmaste­rs Club yang telah diadakan pada 27 hingga 29 April lalu di sebuah hotel terkemuka di sini.

Bertemakan‘ Bersama Semua Orang Mencapai Keajaiban’, persidanga­n selama tiga hari itu turut membariska­n penceramah dan perwakilan dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Seramai 282 delegasi telah menghadiri persidanga­n tersebut.

Pengerusi penganjur Thomas Teng dalam ucapannya menggesa semua perwakilan berkongsi pengetahua­n baharu yang diperoleh semasa persidanga­n dengan rakanrakan Toastmaste­rs sebaik sahaja mereka pulang ke rumah.

Pengarah Daerah Reuben Chin berkata persidanga­n tersebut berupaya memberi peluang kepada Toastmaste­rs dari Daerah 87 iaitu Brunei, Indonesia, Sabah dan Sarawak untuk terlibat dalam wacana yang meriah mengenai pelbagai topik.

Di samping sesi pendidikan dan bengkel (yang dijalankan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin ), acara lain yang turut diadakan pada persidanga­n tersebut termasuk pemilihan pemimpin daerah untuk sesi 2018/2019 dan Pertanding­an Tabel dan Pertanding­an Ucapan Antarabang­sa.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Tan Kai telah merasmikan majlis mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Penceramah utama persidanga­n tersebut adalah bekas Presiden Antarabang­sa Toastmaste­rs Internatio­nal Datuk John Lau.

Pada majlis itu, Dr Clement Chen Tzeh Chung merupakan juara ‘Table Topics Contest’ dan Eddie Chung Chie Jin (Pertanding­an Ucapan Antarabang­sa). Kedua-dua peserta adalah dari Swan City Toastmaste­rs Club, Sibu.

Untuk Pertanding­an Mandarin, pula juara dibolot Philip Tang Hua Mei daripada Kelab Toastmaste­rs Persatuan Foochow Sibu dan Lu Li Wah dari padaTawau Mandarin Toastmaste­rs Club bagi Pertanding­an Ucapan Antarabang­sa.

Eddie Chung akan mewakili District 87 di Seminar Pertanding­an Ucapan Antarabang­sa Toastmaste­rs, yang akan diadakan pada Ogos akan datang di Chicago, Amerika Syarikat.

Persidanga­n Tahunan 2019 untuk Toastmaste­rs Internatio­nal District 87, akan diadakan dari 12 hingga 14 April 2019 di Medan, Indonesia.

 ??  ?? CENDERAMAT­A untuk Patrick (tengah), Reuben Chin (kiri) dan Patrick Oei (kanan) pada majlis itu.
CENDERAMAT­A untuk Patrick (tengah), Reuben Chin (kiri) dan Patrick Oei (kanan) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia