Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Masyarakat di Sarikei perlu memikirkan masa depan lebih cerah

-

SARIKEI: Masyarakat perlu memikirkan masa depan lebih cerah jika mereka memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Calon BN Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii berkata kerajaan BN telah membawa banyak pembanguna­n dan kemajuan kepada semua pihak di negeri ini.

“Kita harus sedar kemampuan BN dalam mentadbir negeri dan negara dengan pelbagai pencapaian oleh pemimpin BN dalam semua aspek dan ini dilakukan untuk rakyatnya.

“Masyarakat perlu berfikir dengan matang sebelum membuat pilihan memberi kepercayaa­n dan amanah pentadbira­n negeri dan negara ini kepada pihak yang belum pasti hala tuju perjuangan­nya.

“Oleh itu, kita berharap sokongan terus diberikan kepada BN pada PRU14 ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersatu anjuran Persatuan Cina Bersatu Sarikei Sabtu malam.

Lebih 1,000 penduduk setempat hadir pada majlis itu.

Huang berkata, sekiranya mandat diberikan masyarakat di sini menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Sarikei pada PRU14 ini beliau memperjuan­g isu pendidikan serta melengkapk­an dan menaik taraf kemudahan infrastruk­tur di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repok itu berkata, semua perancanga­n dan pelan pembanguna­n di Sarikei giat dijalankan.

“Bagi memastikan kesinambun­gan usaha kita rakyat harus memberi peluang kita merampas kembali kerusi Parlimen Sarikei daripada pembangkan­g untuk masa depan lebih cerah,” katanya.

 ??  ?? HUANG menghadiri Majlis Makan Malam Bersatu di Dewan Central Sarikei anjuran Persatuan Cina Bersatu Sarikei.
HUANG menghadiri Majlis Makan Malam Bersatu di Dewan Central Sarikei anjuran Persatuan Cina Bersatu Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia