Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kini berkeupaya­an bina skim penempatan semula lebih terancang

-

MALUDAM: Sarawak tidak lagi menggunaka­n pendekatan ‘Tapak dan Perkhidmat­an’ yang berbajet rendah apabila membuka skim penempatan semula baharu untuk rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak sekarang ada keupayaan untuk membina skim penempatan semula yang lebih terancang dengan dana tambahan daripada sektor minyak dan gas.

“Pada masa lalu, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) hanya akan membersihk­an tapak dan membina jalan asas, itu sahaja.

“Saya adalah ketua menteri sekarang dan ketua menteri baharu akan memperkena­lkan pendekatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pemimpin Bersama Rakyat selepas beliau melakukan kunjungan ke Maludam, pada Ahad.

Abang Johari memberitah­u, di bawah sistem baharu, kerajaan akan membersihk­an tapak untuk skim penempatan semula, menimbus tanah, membuat sistem perparitan konkrit dan membina jalan berturap untuk rakyat.

“Rakyat sekarang akan ada duit untuk membina rumah yang lebih baik dan lebih cantik kerana kos penimbusan tanah sangat mahal akan ditanggung oleh kerajaan.

“Untuk makluman, pada masa lalu, saham kita dalam MLNG hanya 10 peratus, hari ini kita ada 25 peratus dan dividen pada tahun depan dijangka sekitar RM2 bilion.

“Dengan jumlah wang seperti itu dalam tangan, membantu rakyat menyelesai­kan masalah perumahan mereka dan ia tidak akan menjadi isu lagi,” katanya.

Abang Johari menegaskan di bawah pendekatan lama, ramai orang terpaksa membina rumah mereka dalam kawasan berpaya di atas tanah berlumpur kerana mereka tidak mampu menanggung kos penimbusan tanah.

“Membina rumah di atas tanah berpaya dan berlumpur adalah satu hal, dijangkiti demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah satu hal lagi,” katanya.

Sehubungan itu Abang Johari mengarahka­n JTS melarang penduduk Kampung Maludam memasuki tapak yang baharu diluluskan bagi skim penempatan semula sehingga kerja penimbusan tanah, perparitan dan jalan berturap siap dijalankan.

“Bagi fasa satu, walaupun ia sudah dibahagi, jangan masuk. Tembok dolok (dulu). Fasa satu ada 230 lot, selepas itu fasa dua ada 338 lot,” katanya.

Abang Johari memberitah­u bahawa pendekatan itu sudah diguna pakai di skim penempatan semula di Sungai Bedaun, Santubong dan Sungai Midin, Kuching.

Menyentuh tentang isu bekalan air, Abang Johari mengakui masalah itu menjejaska­n hampir kesemua kampung di pesisiran pantai di Sarawak sekarang, dari Lawas hingga Lundu.

“Bagi jangka panjang, kita mungkin memerlukan RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk menyelesai­kan masalah ini. Ia akan memakan masa yang sangat lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia