Utusan Borneo (Sabah)

Pemulihara­an alam sekitar, warisan semula jadi keutamaan pembanguna­n di Sarawak

-

NIAH: Pemulihara­an alam sekitar dan warisan semula jadi antara keutamaan dalam agenda pembanguna­n di Sarawak.

Malah menurut Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar, peranan kerajaan penting dalam menyediaka­n persekitar­an yang sesuai untuk pembanguna­n.

“Pemulihara­an adalah tanggungja­wab kita bersama dan gabungan penyertaan akan menjadi lebih baik dan kreatif dengan penglibata­n pelbagai jabatan dan agensi, sektor awam, syarikat, institusi pendidikan dan masyarakat setempat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Interpreta­si Niah di Taman Negara Niah, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Sdn Bhd Zolkipli Mohamad Aton, Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pejabat Sarawak Suriya Charles Buas dan Warden Taman Negara Niah Shirley Nathaniel Naning.

Menurut Wan Lizozman, Pusat Interpreta­si Niah disediakan untuk menyampaik­an maklumat mengenai taman dan inisiatif ekopelanco­ngan berasaskan komuniti melalui platform yang didorong teknologi, iaitu dengan lawatan pusat terbabit diharapkan dapat membina kesedaran mengenai pemulihara­an dan meningkatk­an keunikan Taman Negara Niah.

“Saya dimaklumka­n bahawa pusat ini telah dilaksanak­an dan dihias dengan kreatif oleh pelbagai pihak termasuk mereka yang melukis dinding serta pameran yang disediakan amat menarik dan bermakluma­t kepada para pengunjung,” katanya.

Justeru beliau yakin pusat berkenaan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memainkan peranan memulihara kepelbagai­an biologi dan menyokong perlindung­an kawasan yang dilindungi sepenuhnya.

Daripada pihak kerajaan, Menurut Wan Lizozman penubuhan pusat itu sentiasa mendapat sokongan seperti dengan penubuhan Discovery Centre untuk Taman Negara Mulu dan Pemulihara­an Hidupan Liar Semenggoh dan di Similajau, walaupun teknologi berbeza pada masa itu.

Sementara itu, Wan Lizozman berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada sokongan dan bantuan berterusan yang telah diberikan pihak MOTAC dalam melengkapk­an Taman Negara Niah dengan menyediaka­n dana untuk pembanguna­n kemudahan serta dalam usaha meningkatk­an sektor pelanconga­n di Sarawak.

Oleh itu, beliau mahu masyarakat setempat bekerjasam­a dan saling memainkan peranan masing-masing dalam membantu menjaga serta melindungi taman negara kita.

 ??  ?? TIGA kiri, Wan Lizozman, Zolkipli (dua kanan) serta yang lain bergambar di monumen Pusat Interpreta­si Niah selepas majlis perasmiann­ya di Taman Negara Niah.
TIGA kiri, Wan Lizozman, Zolkipli (dua kanan) serta yang lain bergambar di monumen Pusat Interpreta­si Niah selepas majlis perasmiann­ya di Taman Negara Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia