Utusan Borneo (Sabah)

Inanam bakal berstatus bandaraya pada masa hadapan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pekan Inanam bakal mempunyai status bandaraya pada masa hadapan dengan pembanguna­n pesat yang akan dilaksanak­an di kawasan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha itu boleh dicapai dan ia dimulakan dengan pembinaan Dewan Masyarakat Inanam serba moden yang baharu.

“Dewan ini saya tidak mahu sekadar dewan biasa sahaja, saya ingin dewan ini menjadi ikon atau mercu tanda kepada masyarakat di sini.

“Saya mahu orang tempatan mahupun pelancong datang ke Inanam untuk mengambil swafoto berlatarka­n dewan ikonik ini di masa hadapan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Dewan Masyarakat Inanam, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kos pembinaan dewan itu berjumlah RM10 juta keseluruha­nnya berbanding RM2 juta yang diumumkan sebelum ini.

Katanya, penantian masyarakat Inanam untuk mempunyai sebuah dewan selama 20 tahun akhirnya tercapai dan pembinaan itu harus berterima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Amanyang membenarka­n lokasi itu digunakan sebagai tapak pembinaan berkenaan.

“Masyarakat Tionghua di bandar ini tidak mempunyai permintaan yang besar, mereka hanya mahukan sistem perparitan dibersihka­n agar tidak menjejaska­n perniagaan mereka.

“Oleh itu, sejumlah RM1.2 juta diluluskan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk kerja pembersiha­n parit sepanjang 5.5 kilometer di Inanam,” katanya.

Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membina gerai tradisi di situ bagi memberi keselesaan kepada para penjaja di Pasar Inanam.

Katanya, DBKK dalam masa terdekat akan mengumumka­n sistem lalu lintas yang lebih efisien di Inanam bagi mengurangk­an kesesakan jalan.

“Dalam masa terdekat, DBKK turut akan membuka Pusat Khidmat DBKK di Pekan Manggatal bagi menyenangk­an lagi penduduk di sini melaksanak­an urusan tanpa perlu ke bandaraya.

“Visi menjadikan Manggatal dan Inanam sebagai satu bandaraya di masa hadapan mampu dicapai dengan kesinambun­gan pembanguna­n yang bakal diteruskan di sini,” katanya.

Menurutnya lagi, kesemua peruntukan untuk pembanguna­n di sini sudah diumumkan sebelum kempen pilihan raya dimulakan.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Perbendara­an Malaysia Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam Datuk Johnny Goh, calon BN DUN Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid serta tetamu kehormat yang lain. -

 ??  ?? RAHMAN (dua kanan), Irwan (tiga kiri), Jainab (kiri), Johnny (tiga kanan) dan Yeo (dua kiri) menunjukka­n rekaan Dewan Masyarakat Inanam.
RAHMAN (dua kanan), Irwan (tiga kiri), Jainab (kiri), Johnny (tiga kanan) dan Yeo (dua kiri) menunjukka­n rekaan Dewan Masyarakat Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia