Utusan Borneo (Sabah)

Hotel Tiara promosi bufet ‘Macam-Macam Ada’ sempena Ramadan

-

LABUAN: Sempena Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Hotel Tiara Labuan bakal menyajikan hidangan bufet ‘MacamMacam Ada’ khusus untuk para pengunjung yang berbuka puasa di Alfresco Poolside Garden di hotel berkenaan.

“Antara menu yang wajib dinikmati oleh para pengunjung ketika berbuka puasa di Hotel Tiara adalah hidangan barbeku seperti daging kambing, sayap ayam, udang, sosej yang dihidangka­n lazat bersama kuah lada hitam yang menjanjika­n pengalaman yang tidak dilupakan oleh pengunjung,” kata Pengurus Hotel Eugene Chin.

Menurut beliau, sajian tradisiona­l yang menjadi kegemaran seperti lemang dan rendang daging menjadi hidangan wajib di hotel itu setiap hari sepanjang bulan Ramadan termasuk juga hidangan ayam percik, nangka muda masak udang kering serta ayam teriyaki dan lainlain.

“Bagi penggemar masakan Cina pula, hotel turut menyajikan ayam panggang, daging kambing bersama madu, sotong masak halia dan bawang serta Telur Foo Yong,” katanya ketika meraikan para pengamal media pada sesi pengenalan bufet PraRamadan di Alfresco Poolside Garden pada Jumaat.

Antara pemanis mulut yang disajikan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini adalah seperti bubur car-car, pudding manga, kuih muih di samping chefnya juga turut menghasilk­an dim-sum buatan tangan yang bebas daripada bahan perisa tambahan yang semestinya para pengunjung tidak akan melepaskan peluang merasainya.

Bagi menambahka­n kemeriahan semasa berbuka puasa di Hotel Tiara, para pengunjung akan dihiburkan dengan kumpulan muzik Razz Band di samping pihak pengurusan hotel turut menyediaka­n ruangan solat untuk para pengunjung.

Harga bufet adalah berpatutan iaitu RM69 seorang bagi dewasa, RM49 bagi warga emas dan RM34 untuk seorang kanak-kanak yang akan menjanjika­n kepuasan bagi para pengunjung.

 ??  ?? BARISAN pengurusan Hotel Tiara Labuan merakamkan foto kenangan bersama makanan bufet.
BARISAN pengurusan Hotel Tiara Labuan merakamkan foto kenangan bersama makanan bufet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia