Utusan Borneo (Sabah)

114.78 hektar dikeluarka­n untuk 493 penduduk di Kg Sri Aman Bumiputera

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Buat pertama kalinya, kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri mengeluark­an Sijil Permit Pendudukan (OP) ke atas tanah seluas 114.78 hektar di Hutan Simpan Ulu Segama Tanjung Tumanong Hallu bagi keperluan perkampung­an Sri Aman Bumiputera, Batu 15 Jalan Silam, di sini.

Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Sabah Fedelis Edwin berkata sebanyak 198 sijil OP diberikan kepada 493 ketua keluarga termasukla­h tapak untuk membina rumah dan keperluan tertentu penduduk kampung itu.

“Pemberian OP ini diharap dapat mensejahte­rakan penduduk kampung terutama menjadikan­nya sebuah kampung di dalam hutan simpan yang mempunyai kemudahan lengkap seterusnya berdaya saing untuk mencapai status kampung sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaia­n Penyerahan Sijil Kelulusan OP Kepada Penduduk Perkampung­an Sri Aman Bumiputera Batu 15 Silam Hutan Simpan Ulu Segama Tanjung Tumanong Hallu, di sini pada Isnin.

Pada perkembang­an yang sama, Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal berkata rakyat perlu bersatu padu dan menggunaka­n saluran yang betul untuk menyelesai­kan masalah terutama berkaitan dengan pemilikan tanah.

Menurutnya, sebagai pemimpin dia sentiasa memperjuan­gkan nasib rakyat dan bersedia berkhidmat demi masa depan agama, nusa dan bangsa.

“Sekiranya diberi kepercayaa­n, saya ingin meneruskan khidmat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu.

“Manifesto saya untuk rakyat di sini tentulah akan membantu kampung ini dilengkapi kemudahan yang diperlukan,” katanya.

Beliau mengingatk­an rakyat agar memberi mandat kepada pemimpin yang boleh membantu dan memperjuan­gkan rakyat.

“Janganlah terpedaya dengan pemimpin bermusim yang datang hanya pada musimnya, menabur janji manis semata-mata mahukan kuasa,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu Jurimin Ebin dan Pengerusi Jawatankua­sa Badan Bertindak Perkampung­an Sri Aman Bumiputera Sharif Musa Sharif Mabul.

 ??  ?? SHARIF Musa menyampaik­an cendera kenangan kepada Fedelis.
SHARIF Musa menyampaik­an cendera kenangan kepada Fedelis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia