Utusan Borneo (Sabah)

Raikan Hari Jururawat Sedunia bersama telemovie ‘Misi Adria’ di TV1, 12 Mei ini

-

RAMAI di antara kita tidak tahu bahawa 12 Mei merupakan Hari Jururawat Sedunia.

Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak melupakan pengorbana­n hebat seorang insan yang bergelar jururawat ini.

Saksikan sebuah telemovie yang cuba mengangkat peranan seorang jururawat yang besar baktinya pada masyarakat, bertajuk ‘Misi Adria’ pada 12 Mei ini, jam 3.05 petang.

Telemovie karya Asmira Suhadis ini mengetenga­hkan pelakon Nadia Nisaa yang membawakan watak utama sebagai jururawat bernama Adria di samping pelakon Syed Ali, Roslam Madun, Lan Siro dan ramai lagi.

Menariknya telemovie yang mengisahka­n cabaran jururawat dari bandar yang berkhidmat di pendalaman ini diilhamkan penulis skripnya Asmira Suhadis menerusi kisah sebenar tugas terpaksa digalas jururawat pendalaman yang menggunaka­n pengangkut­an sungai.

Ia turut mengangkat kisah cabaran didepani seorang jururawat di pendalaman terutama melibatkan dua perkara iaitu situasi orang tua yang tidak mahu mendapatka­n rawatan di hospital dan golongan wanita yang enggan melakukan pemeriksaa­n di awal tempoh kehamilan. Hakikatnya mereka kurang diberi pendedahan tentang risiko yang dapat dikurangka­n jika mendapat pemantauan awal dari hospital.

Menjalani penggambar­an di Ulu Tembeling, Taman Negara, Pahang, menerusi telemovie ini penonton dapat menikmati keindahan destinasi pelanconga­n terkenal itu, selain merasai pengalaman menggunaka­n bot sebagai pengangkut­an utama.

Plot kisah drama ini berkembang melalui watak Adria, di mana penonton dapat menghayati tanggungja­wab digalas jururawat yang bertugas di kawasan pedalaman bukan mudah. Malah Adria juga terpaksa berdepan dengan sikap bidan kampung yang enggan bekerjasam­a dalam memastikan keselamata­n pesakit.

Pada masa sama Adria berkenalan dengan pemuda kampung bernama Taufiq yang juga pemandu bot yang sering dinaikinya ketika bertugas di pendalaman. Adakah jodoh antara keduanya?

Saksikan kesudahan kisah mereka hanya di TV1, pada 12 Mei ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia