Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin kuasai Tuaran

Berdasarka­n gerak kerja sepanjang kempen, menjelang pengundian esok

-

TUARAN: Setelah berkempen lebih seminggu, esok tiba hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Suasana kempen berjalan lancar dengan semua calon menjelajah ke seluruh pelosok kawasan masing-masing.

Di Tuaran, rata-rata orang ramai yang ditemui menyatakan keyakinan bahawa tiada masalah bagi Barisan Nasional (BN) mengekalka­n kerusi Parlimen Tuaran dan DUN Sulaman dan DUN Kiulu serta merampas kembali DUN Tamparuli.

Malah Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meramalkan BN akan menang di keempat-empat kerusi itu dengan majoriti lebih besar pada kali ini.

“Soal menang tidak lagi timbul. Kita mahu menang besar,” katanya.

Pendapat beliau disokong oleh Timbalan Pengerusi BN Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga penyandang Parlimen Tuaran.

Tangau yang mempertaha­nkan kerusinya dalam pertarunga­n lima penjuru.

Antara pencabarny­a ialah calon Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Kalakau Untol yang menggantik­an Presidenny­a, Datuk Seri Wikfred Bumburing, yang tidak bertanding.

Kalakau merupakan bekas Ahli Parlimen Tuaran dan bekas Timbalan Menteri Persekutua­n.

Pada 2013, Tangau mengalahka­n Bumburing dengan kelebihan 5,190 undi. Bumburing ketika itu bertanding atas tiket PKR, tetapi keluar dari parti itu dua tahun kemudian. Majoriti Tangau kali ini dijangka antara 6,000 hingga 7,000 undi.

Bumbu ring walau bagaimanap­un menang di DUN Tampar uli pada 2013 dan kali ini beliau mempertaha­nkan nya atas tiket PCS. Pada PRU13, beliau juga atas tiket PKR mengalahka­n penyandang Datuk Jahid Jahim (BN-PBS) dengan hanya 383 undi.

Pemerhati politik meramalkan Jahid mampu merampas kembali Tamparuli daripada Bumburing kali ini.

“Pertama, Jahid bukan kalah banyak. Tidak pun sampai 400 undi.

“Kedua, Jahid telah berkerja keras sejak kekalahan beliau. Kedudukan beliau sebagai Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli adalah satu kelebihan kepada beliau. Sebaliknya, Bumburing jarang kelihatan dan sebagai ADUN pembangkan­g apalah yang beliau boleh buat?

“Ketiga, pada 2013 pihak pembangkan­g di Tamparuli bersatu padu tetapi kali ini mereka bercerai berai. Bahkan antara pencabar Bumburing ialah calon parti lama beliau, PKR,” kata pemerhati politik.

Di Sulaman, penyandang ialah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Umno Bahagian Tuaran. Beliau telah menjadi ADUN Sulaman sejak 1990 tanpa kalah, bahkan pada 2013 majoriti beliau yang melebihi 10,000 adalah antara yang tertinggi di DUN Sabah.

Beliau kali ini terlibat dalam pertarunga­n tiga penjuru termasuk calon Warisan, Abdullah Sani iaitu bekas Penolong Pegawai Daerah Tuaran.

“Kalau Hajiji kalah di Sulaman, maka Umno Sabah boleh tutup kedai,” demikian cara seorang pemerhati politik menyifatka­n peluang Hajiji, lalu meramalkan bahawa majoriti beliau kali ini akan melebihi 11,000 undi.

Penyandang DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai (BN-PBS) mempertaha­kan kerusinya. Beliau terlibat dalam pertarunga­n empat penjuru, tetapi pencabar terdekatny­a dijangka Jo Anna Sue Henley Rampas (Warisan).

Pemerhati politik memperhati­kan bahawa pada 2013 Joniston menang tipis dengan hanya 44 undi. Mereka juga memperhati­kan bahawa Jo Anna adalah anak buah Datuk Louis Rampas, Ketua PBS Bahagian Kiulu dan bekas ADUN Kiulu.

Namunbegit­u, katanya, peluang Joniston menang adalah besar berdasarka­n beberapa fakta.

“Pertama, seperti juga Jahid, beliau telah berkerja keras sejak 2013.

“Kedudukan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah adalah satu kelebihan di mana beliau telah berjaya menggunaka­n kedudukan itu untuk mempromosi­kan pelanconga­n Kiulu di mana bilangan pelancong ke Kiulu sejak 2-3 tahun kebelakang­an ini telah bertambah berkali-kali ganda.

“Tambaha pula, pada 2013 Joniston masih baru dan mungkin belum berapa bersedia. Tetapi kali ini beliau lebih dari tersedia,” kata pemerhati politik, lalu meramalkan majoriti Joniston kali ini akan melebihi 1,000 undi.

Jahid telah berkerja keras sejak kekalahan beliau. Kedudukan beliau sebagai Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli adalah satu kelebihan kepada beliau. Sebaliknya, Bumburing jarang kelihatan dan sebagai ADUN pemba“ngkang apalah yang beliau boleh buat?

PEMERHATI POLITIK

 ??  ?? BERSAMA Ketua PBS Bahagian Sulaman, Stephen Ebon Sayah di satu majlis ceramah.
BERSAMA Ketua PBS Bahagian Sulaman, Stephen Ebon Sayah di satu majlis ceramah.
 ??  ?? DARI KIRI: Calon BN N11 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, P170 Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, N10 Sulaman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan N9 Tamparuli Datuk Jahid Jahim.
DARI KIRI: Calon BN N11 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, P170 Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, N10 Sulaman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan N9 Tamparuli Datuk Jahid Jahim.
 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI bersama Madius (kiri sekali) semasa melawat salah satu PDM BN Tuaran.
HAJIJI bersama Madius (kiri sekali) semasa melawat salah satu PDM BN Tuaran.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N kerusi roda tidak menghalang ahli WanitaUmno­inimenghad­iri ceramah BN.
MENGGUNAKA­N kerusi roda tidak menghalang ahli WanitaUmno­inimenghad­iri ceramah BN.
 ??  ?? HAJIJI (tengah, bertopi) bersama pemimpin masyarakat Tionghua Tuaran dalam majlis ramah mesra.
HAJIJI (tengah, bertopi) bersama pemimpin masyarakat Tionghua Tuaran dalam majlis ramah mesra.
 ??  ?? HAMPIR di setiap tempat yang dilawati Hajiji, ada saja bekas ahli pembangkan­g masuk BN.
HAMPIR di setiap tempat yang dilawati Hajiji, ada saja bekas ahli pembangkan­g masuk BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia