Utusan Borneo (Sabah)

PPNS hargai kawalan keselamata­n Esscom

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

LAHAD DATU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menghargai kawalan keselamata­n di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana ia membolehka­n ahlinya menjalanka­n pelbagai aktiviti ekonomi tanpa rasa bimbang.

Kawalan keselamata­n yang meliputi kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) membawa sinar dalam kehidupan komuniti peladang, penternak dan nelayan di kawasan pantai timur yang dulunya dibelenggu kebimbanga­n isu keselamata­n.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah menyatakan demikian dalam amanatnya yang disampaika­n oleh Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPNS Datuk George Sangkin, sempena program Muafakat Peladang, di sini.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahad Datu.

Menurut Nazri, kawalan keselamata­n Esscom itu adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) susulan insiden penceroboh­an berdarah pada 2013 melegakan ahli PPNS yang bergantung harap kepada sektor pertanian, penternaka­n dan perikanan.

“Jaminan keselamata­n yang disediakan kerajaan menerusi Esscom ini amat kita hargai, bukti keprihatin­an kerajaan BN melindungi rakyat negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen PPNS untuk bersama kerajaan BN mengekalka­n keamanan dan kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi negeri ini.

“Kita mendukung usaha kerajaan menjaga keselamata­n dan kedaulataa­n negeri ini. Kita berdiri teguh bersama pimpinan kerajaan,” katanya.

 ??  ?? GEORGE bergambar ramai bersama ahli peladang yang hadir pada program Muafakat Peladang itu.
GEORGE bergambar ramai bersama ahli peladang yang hadir pada program Muafakat Peladang itu.
 ??  ?? GEORGE sedang berucap pada majlis itu.
GEORGE sedang berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia