Utusan Borneo (Sabah)

Kanye West cetuskan kemarahan, perhambaan ‘satu pilihan’

-

PENYANYI rap Kanye West, yang menerima kritikan dalam dunia muzik selepas dia menyokong Presiden Donald Trump, mencetuska­n kemarahan lagi pada awal minggu ini apabila dia menganggap perhambaan sebagai “satu pilihan”.

Penyanyi rap itu, yang tidak pernah segan-silu untuk bersuara, membuat kenyataan itu secara spontan dalam satu daripada dua wawancara aliran bebas yang dia berikan untuk mempromosi­kan dua album akan datang.

“Anda mendengar tentang perhambaan selama 400 tahun. Selama 400 tahun? Bunyinya seperti satu pilihan,” kata West kepada TMZ Live, sayap penyiaran bagi laman gosip selebriti berkenaan.

West tidak menjelas lanjut tentang kenyataann­ya tetapi dipercayai membuat perbanding­an dengan cara dia diandaikan memegang pandangan tertentu sebagai seorang artis Afrika Amerika.

“Kita berada dalam penjara dari segi mental. Saya suka dengan perkataan ‘penjara’ kerana perhambaan terlalu langsung dengan idea orang kulit hitam. Seperti Holocaust adalah orang Yahudi, perhambaan adalah orang kulit hitam,” kata West.

Kenyataan West serta-merta mencetuska­n keributan dalam Twitter, medium kegemarann­ya, dan dia ditegur secara langsung oleh seorang pekerja TMZ yang menyatakan dia “tergamam”.

Penyanyi rap dan pereka berusia 40 tahun yang juga suami kepada bintang televisyen realiti Kim Kardashian muncul semula pada bulan lepas setelah tidak kelihatan selama setahun ekoran kejadian yang dikatakan sebagai keruntuhan mental.

Dia menimbulka­n kemarahan ramai artis lain – tetapi diterima oleh pengulas konservati­f – apabila memuji dia Trump, yang sejak itu memetik kata-kata penyanyi rap itu sebagai bukti bagi sokongan minoriti.

Dalam satu temu ramah berasingan dengan pengacara radio Charlamagn­e tha God, West berkata dia tidak mengikuti dasar Trump tetapi “apabila saya melihat orang luar menceroboh, saya memahaminy­a”.

West – yang pada 2005 menjadi bahan berita utama apabila dia menyatakan presiden ketika itu

George W. Bush “tidak mengambil berat tentang orang kulit hitam” – merupakan seorang daripada segelintir warga Afrika Amerika terkemuka yang menyokong Trump.

Presiden itu membina karier politiknya dengan menggalakk­an teori konspirasi yang tidak berasas mengenai tempat kelahiran presiden lama Barack Obama dan terbabit dalam beberapa kontrovers­i perkauman sejak beliau memegang kuasa.

Bercakap kepada Charlamagn­e tha God, West berkata dia marah kerana Obama menjemput penyanyi rap lain ke Rumah Putih seperti Kendrick Lamar dan Jay-Z. Obama, dalam satu perbualan di luar rekod dengan seorang pemberita pada 2009 yang bocor, memanggil West seorang “bahlul” selepas penyanyi rap itu mengganggu Anugerah Muzik Video MTV untuk menyatakan Taylor Swift tidak berhak memenangi hadiahnya.

“Anda tahu, beliau tidak pernah menghubung­i saya untuk memohon maaf,” kata West, yang menjelaska­n Obama pernah berjumpa dengannya dan ibunya sebelum dipilih menjadi presiden.

“Orang sama yang duduk bersama saya dan ibu saya, saya rasa sepatutnya berkomunik­asi dengan saya secara terus.”

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PENYOKONG TRUMP: Gambar fail bertarikh 13 Disember 2016 ini menunjukka­n Kanye (kanan) bersama Presiden AS Donald Trump di Trump Tower di Manhattan, New York.
— Gambar Reuters PENYOKONG TRUMP: Gambar fail bertarikh 13 Disember 2016 ini menunjukka­n Kanye (kanan) bersama Presiden AS Donald Trump di Trump Tower di Manhattan, New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia