Utusan Borneo (Sabah)

Artis popular bantu kempen jentera BN di Kinabatang­an

Shaheizy, Zizan bersama-sama Bung Moktar jelajah kampung

- SHAHEIZY dan Zizan mengiringi Bung Moktar berkempen. Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Dua artis popular turun membantu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang popular dalam filem ‘Polis Evo’ berkempen di empat kampung di empat pulau dalam Parlimen Kinabatang­an dengan menyertai rombangan BN Kinabatang­an yang turut disertai oleh Bung Moktar.

Kedua artis popular itu bersama Bung Moktar serta rombongan bertemu pengundi dengan menaiki bot dari Pusat Bandar Sandakan ke Kampung Lubukan, Kampung Tanjung Batu Laut, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Tanjung Aru.

Sambutan penduduk di empat kampung itu amat luar biasa bagi menyambut kehadiran Bung Moktar yang merupakan seorang pemimpin mereka sayangi dan berjiwa rakyat.

Kehadiran Shaheizy dan Zizan telah mengejutka­n penduduk yang hadir dan ada antara mereka tidak melepaskan peluang bersalaman serta berswafoto dengan dua artis popular berkenaan.

Bung Moktar berkata kehadiran dua artis popular itu membantu dalam kempen secara sukarela.

“Kita bersyukur mereka datang membantu dalam siri kempen kita. Ini memperliha­tkan keamanan pelbagai kaum yang kita nikmati hari ini sebagai teras utama kita hidup aman dan damai.

“Keamanan dinikmati hari ini perlu kita jaga dengan baik. Kerajaan BN amat menitik berat soal keselamata­n dan keamanan negeri kita,” katanya.

Bung Moktar berkata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selaku pengerusi Majlis Keselamata­n Negeri juga memberi jaminan keselamata­n negeri ini terjamin.

Dalam pada itu, Shaheizy yang merupakan adik kepada pelakon Zizie Ezette berkata dia ke Kinabatang­an untuk membantu abang ipar berkempen walaupun terpaksa meredah laut dan panas terik.

“Sebagai adik ipar, telah menjadi satu tanggungja­wab saya untuk turut serta bersamanya.

Kami sekeluarga sentiasa menyokong dari belakang dan memberi semangat kepada Bung Moktar.

“Saya teruja melihat sokongan padu penduduk Kinabatang­an kepadanya dan saya juga suka laungan ‘Tatap BN’ dan ‘Siapa wira? Bung’ yang berulang kali dilaungkan oleh penduduk yang hadir,” katanya.

Beliau yakin abang iparnya itu mampu

“Kita bersyukur mereka datang membantu dalam siri kempen kita. Ini memperliha­tkan keamanan pelbagai kaum yang kita nikmati hari ini sebagai teras utama kita hidup aman dan damai. ”

DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an

mengekalka­n kerusi Parlimen Kinabatang­an yang disandang sejak 1999.

Pada PRU14 ini, Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Parti Harapan Rakyat Sabah Mustapha Datu Tambuyong dan MA Ghazali Abdul Ghani calon Parti Warisan Sabah.

Untuk rekod, Bung Moktar telah memenangi kerusi Parlimen Kinabatang­an sebanyak tiga kali dan sekali lagi menang tanpa bertanding.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia