Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 600 jayakan larian amal 50 tahun SM Stella Maris

Larian Amal Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah Stella Maris sukses

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Lebih 600 peserta menjayakan Larian Amal sempena Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah (SM) Stella Maris pada Sabtu.

Larian sejauh lima kilometer ini menawarkan 50 hadiah cabutan bertuah bagi peserta yang berjaya menamatkan larian dalam masa 50 minit di mana peserta larian telah dilepaskan oleh Presiden Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah Dato’ Datu Mohd Fadli Fathullah.

Pengetua SM Stella Maris Goh Kui Liang, dalam ucapan alu-aluannya berkata, objektif program ini diadakan adalah satu program ‘charity’ untuk merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan sekolah ini di samping mewujudkan rasa tanggungja­wab dan kasih sayang masyarakat dalam membantu menambah kewangan sekolah.

“Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan warga setempat selain mengutip dana untuk aktiviti kurikulum murid, kelab guru, kebajikan

Alumni dan PIBG, juga mewujudkan masyarakat yang sihat,” tegasnya.

Turut hadir ialah, Datin Mary Yong isteri kepada penyandang kerusi DUN N17 Tanjung Aru Datuk Ir. Edward Yong, Presiden Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah Dato’ Datu Mohd Fadli Fathullah, YDP PIBG Zaharah Ismail dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Francis Dayah.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Francis Dayah dalam ucapan perasmian penutupan Larian Amal itu berkata, murid-murid memerlukan rangsangan yang berkesan dalam membina jati diri yang berdaya tahan.

Salah satu program yang perlu diamalkan adalah aktiviti sukan dan rekreasi. Sukan merupakan satu bentuk terapi yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai positif, kekuatan diri sama ada dari aspek fizikal atau emosi, disiplin, semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi.

Katanya, sesungguhn­ya elemen kesihatan merupakan satu segmen yang amat penting dalam menjaga kesejahter­aan diri.

“Tanpa tubuh badan yang sihat, kita tidak dapat menyumbang bakti kepada pembanguna­n negara dan tanpa badan yang sihat, murid-murid tidak mungkin dapat belajar di sekolah dan mempunyai peluang untuk mengembang­kan potensinya.

Oleh itu katanya, program Larian Amal ini merupakan satu usaha yang tepat pada masanya untuk memastikan penglibata­n atau penyertaan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti amalan gaya hidup sihat.

Turut diadakan sempena program itu ialah senamrobik, persembaha­n tarian dan nyanyian oleh guru dan pelajar selain cabutan tiket bertuah.

Sebelum itu YDP PIBG Zaharah Ismail ketika ditemui memberitah­u bahawa pihak PIBG amat menyokong setiap aktiviti yang diadakan pihak sekolah dan sedia membarikan sumbangan tidak terhad kepada bentuk kewangan atau material semata-mata tetapi juga meluangkan masa, tenaga, sokongan secara mental dan spiritual demi menjana perubahan dan kecemerlan­gan SM Stella Maris.

“Saya berharap kita sebagai ibu bapa akan dapat memberikan yang terbaik kepada generasi akan datang.

“Berilah belaian kasih sayang, pendidikan dan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak agar mereka akan mempunyai keyakinan diri serta keperibadi­an yang hebat, punya daya saing yang kuat, kreatif, inovatif dan berkarisma­tik.

Katanya, anak-anak hari ini akan menjadi penyambung legasi kepimpinan dan transforma­si negara.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar bawah) DUA peserta yang pertama tiba ke garisan penamat disambut dengan tarian pom-pom pelajar SM Stella Maris.
(gambar bawah) DUA peserta yang pertama tiba ke garisan penamat disambut dengan tarian pom-pom pelajar SM Stella Maris.
 ??  ?? (gambar kiri) PERSEMBAHA­N tarian oleh pelajar-pelajar SM Stella Maris menyerikan program itu.
(gambar kiri) PERSEMBAHA­N tarian oleh pelajar-pelajar SM Stella Maris menyerikan program itu.
 ??  ?? PENGETUA SM Stella Maris Goh Kui Liang antara peserta yang berjaya menamatkan larian tempoh kurang 50 minit merakamkan kenangan bersama medal dan sijil penyertaan.
PENGETUA SM Stella Maris Goh Kui Liang antara peserta yang berjaya menamatkan larian tempoh kurang 50 minit merakamkan kenangan bersama medal dan sijil penyertaan.
 ??  ?? ANTARA pelajar SM La Salle yang menyertai Larian Amal sempena Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah (SM) Stella Maris.
ANTARA pelajar SM La Salle yang menyertai Larian Amal sempena Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah (SM) Stella Maris.
 ??  ?? GOH merakamkan kenangan bersama (dari kiri) Dato’ Datu Mohd Fadli, Zaharah Ismain dan , Datin Mary Yong selepas menyampaik­an cenderaken­angan.
GOH merakamkan kenangan bersama (dari kiri) Dato’ Datu Mohd Fadli, Zaharah Ismain dan , Datin Mary Yong selepas menyampaik­an cenderaken­angan.
 ??  ?? SENAMROBIK turut menghiasi program Larian Amal sempena Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah (SM) Stella Maris.
SENAMROBIK turut menghiasi program Larian Amal sempena Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah (SM) Stella Maris.
 ??  ?? DATU Mohd Fadli ketika melepaskan peserta Larian Amal Jubli Emas 50 Tahun SM Stella Maris.
DATU Mohd Fadli ketika melepaskan peserta Larian Amal Jubli Emas 50 Tahun SM Stella Maris.
 ??  ?? MARYYong menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang peserta.
MARYYong menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? PRANCIS Dayah (kanan) menerima cenderaken­angan daripada Goh.
PRANCIS Dayah (kanan) menerima cenderaken­angan daripada Goh.
 ??  ?? PESERTA merakamkan kenangan bersama Goh selepas menamatkan larian berkenaan.
PESERTA merakamkan kenangan bersama Goh selepas menamatkan larian berkenaan.
 ??  ?? PESERTA merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat sempena program itu.
PESERTA merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia