Utusan Borneo (Sabah)

Calon muda yakin mampu bantu BN kekalkan kerusi DUN Elopura

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Misi untuk mendekatka­n diri dengan golongan muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura bukanlah sesuatu yang sukar bagi calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Sabah, Chan Tzun Hei.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Pusat dan AJK Pemuda BN Sabah berkata usaha mendekati golongan muda itu telahpun dijalankan terlebih awal menerusi pelbagai program dalam konteks sosial dan ekonomi semasa menjawat jawatan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Elopura.

Beliau yakin dengan kesetiaan pengundi di DUN Elopura yang mana akan tetap memilih BN pada PRU14 berdasarka­n perkhidmat­an yang diberikan oleh ketuanya, Datuk Au Kam Wah dalam dua penggal berkhidmat selaku Adun di sini.

“Masyarakat dan orang muda di sini cukup selesa dengan BN, dan menerusi pendekatan pemimpin dan pentadbira­n yang mesra anak muda, saya yakin mereka sekali lagi akan beri tanggungja­wab ini kepada BN untuk digalas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkemban- gan jelajah kempennya untuk PRU14 yang telah masuk hari kesembilan.

Dalam tempoh berkempen, beliau yang merupakan setiausaha perhubunga­n Parti Gerakan Sabah menerima banyak galakan dan restu daripada pengundi dan masyarakat setempat sebagai calon baharu.

“Ketika program Walkabout, banyak beri respon yang positif. Tidak dapat dinafikan ada juga ketika berkempen, terdapat segelintir yang memberi komen atas keinginan dan hasrat mereka terhadap ketelusan dan sistem penyampaia­n kerajaan yang lebih baik dan efisien,” katanya. Chan memberitah­u PRU14 kali ini merupakan pilihan raya yang paling istimewa kerana tahap kerjasama dan kolaborasi antara parti komponen BN adalah pada tahap optimum.

“Kerjasama ini telah dibentuk sejak lima tahun yang lepas dalam BN Sandakan dan PRU14 ini telah diterjemah­kan oleh kami dalam BN,” katanya.

Beliau berkata berkhidmat untuk masyarakat adalah satusatuny­a kerjaya yang telah menjadi rutin kehidupann­ya semasa menjawat jawatan PPM Elopura.

“Pada PRU14 kali ini adalah penilaian perkhidmat­an saya selama ini oleh pengundi kepada saya. Saya menaruh keyakinan mereka akan memilih saya untuk teruskan perkhidmat­an sebagai wakil mereka pula,” katanya.

Selain itu, beliau telah melancarka­n 10 hala tuju perkhidmat­annya yang realistik sekiranya diberi mandat dan itulah janjinya kepada pengundi di DUN Elopura.

Beliau yang merupakan seorang pemimpin yang tidak pandai duduk diam bagi menyelesai­kan masalah rakyat di Elopura berharap supaya para pengundi dapat mengundi secara rasional dan bukannya berdasarka­n emosi.

“Barisan Nasional adalah satu parti yang inklusif dan sudi mendengar suara rakyat. Undilah calon yang dikenali atas prestasi perkhidmat­an dan latar belakang.

“Pengundian adalah pelaburan lima tahun masa depan diri dan keluarga. Elopura tidak boleh jatuh kepada pembangkan­g kerana Elopura sebagai nadi ekonomi Sandakan perlu terus berada di dalam landasan dan aliran utama pembanguna­n di bawah BN,” tegasnya.

Chan akan bertembung dengan Chong Ket Kiun (DAP) di DUN Elopura manakala bagi calon BN Parlimen Sandakan Datuk Lim Ming Hoo juga menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu dengan Wong Thien Fatt (DAP).

Bagi DUN Tanjung Papat, calon BN yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah akan bertanding tiga penjuru ditentang oleh Poon Ming Fung (DAP) dan calon Bebas, Jufazli Shi Ahmad.

 ??  ?? CHAN beramah-mesra dengan penduduk dalam kempen rumah ke rumah.
CHAN beramah-mesra dengan penduduk dalam kempen rumah ke rumah.
 ??  ?? CHAN dan Datuk Alipuddin Puyon bersama masyarakat Islam di Masjid Sri Taman.
CHAN dan Datuk Alipuddin Puyon bersama masyarakat Islam di Masjid Sri Taman.
 ??  ?? CHAN bersalaman dengan para peniaga di DUN Elopura bersama Lim.
CHAN bersalaman dengan para peniaga di DUN Elopura bersama Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia