Utusan Borneo (Sabah)

Farid Kamil mahu kemuka representa­si bagi gugurkan semua pertuduhan

- - Bernama

PELAKON dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari bercadang mengemukak­an representa­si ke Jabatan Peguam Negara bagi menggugurk­an enam pertuduhan yang dihadapiny­a termasuk mencederak­an anggota polis, menggunaka­n dadah dan mereka keterangan palsu dalam laporan polis. Peguam Faizul Mohd Nasir, yang mewakili Farid Kamil, 37, memaklumka­n perkara itu semasa sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di dua Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Di hadapan Majistret Salamiah Salleh dan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham, peguam itu memberitah­u bahawa pihak pembelaan memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkaitan kes yang diterima daripada pihak pendakwaan dan berkemungk­inan mengemukak­an representa­si.

Beliau kemudian memohon satu tarikh sebutan baharu iaitu selepas Farid Kamil, yang juga suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle, selesai menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di Damansara pada 15 Mei ini.

“Pohon tarikh sebutan yang bersesuaia­n kerana anak guam saya akan menjalani pembedahan lutut dan mengambil masa untuk proses penyembuha­n,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Fazeedah Faik tidak membantah permohonan peguam itu.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes bagi enam pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai kemeja putih lengan panjang dan seluar denim biru, tiba di mahkamah kira-kira 9.30 pagi bersama-sama pengurusny­a dan beberapa rakan lelaki.

Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

 ?? — Gambar Bernama ?? FARID Kamil selepas prosiding sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam. Beliau bercadang mengemukak­an representa­si bagi menggugurk­an enam pertuduhan itu.
— Gambar Bernama FARID Kamil selepas prosiding sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam. Beliau bercadang mengemukak­an representa­si bagi menggugurk­an enam pertuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia