Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Bollywood Siddiqui bawa hero ‘suara bebas’ ke Cannes

-

APABILA pelakon India, Nawazuddin Siddiqui, berjalan di atas permaidani merah di Cannes, dia mungkin akan mengambil masa sejenak untuk merenungka­n sejauh mana dia sudah pergi dan hala tujunya selepas ini.

Dalam masa lebih sedekad sahaja, Siddiqui sudah berubah daripada seorang pelakon kecil-kecilan yang hidup susah dan bimbang mengenai mencari makanan kepada bintang antarabang­sa tersohor yang diinginkan oleh pengarah kerana bakatnya yang serba boleh dan merangkumi semua genre.

“Apabila filem anda dipilih dalam kategori yang baik, anda rasa yakin bahawa anda berada di landasan yang betul dan pilihan filem anda adalah bagus,” kata Siddiqui kepada AFP dalam satu temubual.

Filem terbaharun­ya menyaksika­nnya membawa watak utama dalam ‘Manto’, sebuah biopik tentang kehidupan bermasalah penulis Pakistan berbangsa India, Saadat Hasan Manto.

Filem itu, yang diarah oleh Nandita Das, telah dipilih bagi kategori ‘Un Certain Regard’ di festival filem yang bermula Selasa.

“Saya seronok di Cannes kerana ia adalah platform yang begitu besar dan berprestij. Ia adalah dunia seluruh dunia yang berkisar sekitar filem,” kata Siddiqui.

Manto (1912-1955) dianggap salah seorang penulis cerpen tersohor dalam sejarah benua kecil India.

Dia disanjung kerana berani dan progresif dan menyokong suara bebas, menulis dengan benar mengenai keganasan kejam yang menyusuli pemecahan India British.

Bagi pihak lain, dia adalah seorang pengacau subversif yang menulis cerita-cerita mengenai bapa ayam dan pelacur yang melanggar terlalu banyak pantanglar­ang.

Manto didakwa mengeluark­an bahan lucah sebanyak enam kali oleh pihak berkuasa di India yang dijajah dan India yang merdeka. - Kejayaan cemerlang Dia

meninggal dunia akibat kerosakan organ disebabkan oleh pengambila­n arak berlebihan pada usia hanya 42 tahun sahaja.

“Manto merupakan seorang lelaki jujur yang menulis apa yang dia lihat. Dia telus dan hipokrasi tidak ada dalam hidupnya,” kata Siddiqui, yang berusia 43 tahun.

“Dia memikirkan tentang perkara pada tahun 1940an yang kita tidak lihat atau fikirkan malah pada hari ini. Dia bercakap dan menulis kebenaran, dan kebenaran tidak pernah menjadi tua. Untuk bermain bersamanya, anda perlu bercakap benar juga,” ujarnya.

Siddiqui merupakan salah satu cerita kejayaan yang hebat dalam dunia perfileman Hindi – seorang lelaki miskin, yang dari asalusul sederhana di sebuah perkampung­an dalam negeri Uttar Pradesh, mengatasi cabaran untuk mencapai kejayaan yang besar di Bollywood selepas dia berhijrah ke Mumbai pada 2000.

Menurut pengakuann­ya sendiri, peluang tidak memihak kepadanya: “Saya seorang lelaki setinggi lima kaki enam inci yang gelap dan kelihatan biasa. Orang tidak menyangka saya akan berjaya,” katanya kepada AFP pada 2015. Namun selepas bertahunta­hun membawa watak kecil, Siddiqui mencapai kejayaan cemerlang pada 2012 dengan ‘Talaash’, ‘Gangs of Wasseypur’, ‘Miss Lovely’ dan ‘Bajrangi Bhaijaan’.

Dia tidak pernah menoleh ke belakang sejak itu.

“Saya bergelut selama 1012 tahun. Pengalaman saya yang paling pahit adalah mencari makanan dan meneruskan kelangsung­an hidup. Sekarang saya dapat membuat kerja menurut pilihan saya,” katanya di pejabatnya, yang memaparkan koleksi poster dari filem-filemnya yang paling berjaya pada dinding di belakangny­a.

Siddiqui setanding dengan bintang besar seperti Shah Rukh Khan dan Salman Khan dan turut berjaya melakukan peralihan ke Hollywood apabila dia muncul dalam filem yang berjaya pada 2016 ‘Lion’.

- Membawa watak seorang pelampau Hindu Dia

dianggap sebagai seorang daripada segelintir pelakon yang dapat berlakon dalam genre filem bebas dan komersil di Bollywood, yang membolehka­nnya mendapat permintaan tinggi.

Selepas ‘Manto’, Siddiqui akan kelihatan dalam adaptasi Netflix bagi novel tulisan Vikram Chandra ‘Sacred Games’.

Ia akan ditayangka­n pada 6 Julai dan merupakan siri India asal yang pertama di laman tersebut.

Dia kini sedang membuat penggambar­an bagi apa yang dia sebut sebagai wataknya yang “paling susah” setakat ini – seorang ahli politik yang memecahbel­ah di Mumbai, Bal Thackeray, yang meninggal dunia pada 2012.

Thackeray mengasas dan memimpin parti haluan kanan Hindu, Shiv Sena, yang telah berkempen untuk menentang orang Muslim dan cuba melarang pendatang “orang luar” daripada memasuki Mumbai. Siddiqui adalah kedua-duanya.

“Pujian diberikan kepada keluarga dan penerbit yang pasti menyedari saya dapat berlaku adil kepada watak yang rumit dan sukar ini,” katanya.

Siddiqui akan berada di Cannes dari 13-15 Mei sebelum dia pulang ke India untuk menamatkan penggambar­an ‘Thackeray’ yang dijadual dikeluarka­n pada Januari 2019.

Dia telah menjadi peserta tetap di la Croisette sejak dia tampil buat julung kalinya bersama ‘Gangs of Wasseypur’ (2012), dan berjalan di atas permaidani merah lebih daripada enam kali.

‘The Lunchbox’ ditayangka­n di sana pada 2013 manakala ‘Raman Raghav’ menyusul pada 2016.

Sehelai sut yang dimiliki Siddiqui dan dibuat oleh seorang tukang jahit India untuk lawatan pertamanya telah menjadi paparan dalam semua penampilan­nya.

Bagaimanap­un pada kali ini dia mengetepik­annya untuk tuksedo bergaya yang direka oleh salah seorang pereka terkemuka di India – mungkin simbolik bagi kejayaanny­a pada hari ini.

“Sut itu ada cerita tersendiri. Namun perubahan harus ada. Kita tidak dapat terus berpegang pada masa silam,” kata Siddiqui. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia