Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah tolak permohonan halang Shafie tanding PRU14

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Selasa menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hari ini

Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 17 April oleh Ahli Jawatankua­sa (AJK) UMNO Datuk Mohd Ainal Abdul Fattah, 68.

Mohd Ainal menamakan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama dan Mohd Shafie responden kedua.

Hakim mendengar hujah peguam daripada keduadua pihak pada Isnin dan menetapkan Selasa untuk keputusan.

Mohd Shafie mempertaha­nkan kerusi Parlimen Semporna serta turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada PRU14 ini dan hari ini merupakan hari pengundian.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia