Utusan Borneo (Sabah)

Warganegar­a layak diseru keluar mengundi

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Haji Aman menyeru kepada semua warganegar­a yang layak untuk keluar mengundi pada hari ini.

Ia kerana jelasnya, mengundi adalah tanggungja­wab rakyat untuk menentukan perjalanan negara yang dikasihi menuju ke arah pembanguna­n dan kemajuan yang lebih besar.

Beliau yakin rakyat Sabah bijak dan matang dalam membuat pilihan dan memberi mandat kepada pihak yang tepat berdasarka­n fakta dan rekodnya, bukan berdasarka­n sentimen atau emosi.

“Hari ini (kelmarin), kita memasuki hari ke-10 dalam tempoh berkempen, sebelum kita menunaikan tanggungja­wab mengundi pada hari esok (hari ini),” katanya.

Musa yakin Suruhanjay­a Pilihan Raya telah membuat semua persiapan yang diperlukan dan termasukla­h juga aspek keselamata­n.

“Saya menyeru semua warganegar­a negeri ini untuk keluar sepenuhnya bagi melaksanak­an tanggungja­wab mereka membuang undi bagi memberikan mandat kepada bakal pemerintah,” katanya.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia