Utusan Borneo (Sabah)

141 laporan diterima polis sepanjang kempen PRU14

Sepanjang kempen PRU14 berlangsun­g

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sebanyak 141 laporan diterima Polis Sabah membabitka­n 56 kertas siasatan telah dibuka sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata sejak 28 April hingga jam 12 malam 7 Mei, sebanyak 18 jenis kesalahan dilakukan termasuk kesalahan fitnah dan Akta Anti-berita Tidak Benar.

“Paling banyak disiasat adalah kes khianat iaitu 17 kes seperti bakar, koyak dan buang poster.

“Ada satu tangkapan di Papar pada 1 Mei yang menyamar sebagai pegawai polis semasa pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Sehingga kini katanya, tiada kejadian serius berlaku dan keadaan keselamata­n sepanjang kempen PRU14 adalah terkawal.

Pada perkembang­an yang berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata usaha memastikan PRU berjalan lancar di pantai timur diadakan bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kita sudahpun menempatka­n pasukanpas­ukan Cantas kita seperti Unit Tindakan Rusuhan Awam dan Unit Tempur Ringan PDRM di seluruh Sabah.

“Termasukla­h di pantai timur Sabah, meliputi Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Semporna, namun kita harap tidak ada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Jawapan itu diberikan sebagai maklum-balas terhadap kebimbanga­n berikutan ada di antara daerah terbabit yang dijangka berlaku persaingan sengit parti-parti bertanding.

Fuzi diajukan soalan berkaitan selepas merasmikan Majlis ‘Ke Arah Tawau Sejahtera’ Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Program Pencegahan Jenayah, di sini pada Selasa.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia