Utusan Borneo (Sabah)

Aduan dibuka setelah terima maklumat

Aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah berhubung kes Jabatan Air

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Aduan dibuka setelah menerima maklumat, pengarah Jabatan Air Negeri Sabah( JANS) dan timbalanny­a, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan projek di jabatan berkenaan dan menerima rasuah, daripada jurutera-jurutera daerah.

Penolong Bahagian Sasaran Operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Masyanti Main, 34, menyatakan beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat untuk membuka aduan terhadap bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, pada 7 Oktober 2016.

Manakala aduan terhadap timbalan pengarah JANS Teo Chee Kong, 52, dibuka pada 8 Oktober 2016, setelah beliau mendapat arahan daripada pegawai penyiasat.

Beliau membacakan keterangan saksinya setelah diminta Timbalan Pendakwara­ya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahim, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Menjawab soalan balas peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip, Masyanti menyatakan ketika aduan terhadap Ag. Mohd Tahir, beliau bertugas sebagai pegawai rekod di Bahagian Operasi Khas.

“Berkaitan siasatan... didapati pada 2010 hingga 2016, pengarah JANS terlibat dalam pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah, melibatkan projek-projek di jabatan JANS.

“Aduan dibuat bagi siasatan dijalankan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001,” katanya yang menjadi saksi ketiga pihak pendakwaan, yang mempunyai kelulusan perniagaan teknologi maklumat dari Kolej Yayasan Cheras Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un, beliau menyatakan hanya menerima arahan untuk membuka aduan, selanjutny­a tidak melakukan apa-apa tindakan.

Menjawab soalan balas Tengku Amir, beliau berkata maklumat berkenaan bukan daripada pegawai penyiasat dan percaya, bahawa pemberi maklumat dilindungi mengikut Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat.

Penolong Penguasa Kanan SPRM Salatukham­swan, 44, menyatakan didalam borang aduan bertarikh 13 Oktober 2016, maklumat diterima ketika Lim Lam Beng, 63, bertugas sebagai timbalan pengarah JANS menerima wang rasuah daripada jurutera-jurutera daerah, sebagai balasan meluluskan sebutharta-sebutharga bagi kerja-kerja kecil JANS.

Semasa peguam Datuk Tan Hock Chuan mengajukan soalan balasnya mengenai aduan terbabit, Salatukham­swan mengatakan siasatan terbabit hanya untuk tangkapan.

Menurutnya yang menjadi saksi keempat, beliau menerima arahan daripada Pengarah Siasatan Khas untuk melakukan tangkapan terhadap Limpa d a 13 Oktober 2016, yang mana siasatan terbuka sudah dijalankan.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang diajukan Tan bahawa, tiada maklumat yang diterima kerana sudah menerima arahan untuk membuat aduan tangkapan terbabit.

Terdahulu, saksi kedua Pegawai Penyiasat SPRM Glenn Lores, 34, bersetuju dengan Tan bahawa, sitaan wang tunai sebanyak tiga kali yang dilakukan pada 22 Oktober, 7 November dan 18 Ogos 2016 berjumlah RM2,380,000.

Beliau juga bersetuju bahawa tertuduh mengeluark­an semua wang terbabit daripada bank, lalu menyerahka­n wang dengan sukarela kepada pihak SPRM, yang mana beliau selaku pegawai yang melakukan sitaan terbabit.

Glenn turut mengesahka­n bahawa wang tunai terbabit bukan disita hasil penggeleda­han SPRM di rumah, kereta, pejabat atau daripada pemeriksaa­n fizikal tertuduh.

Sementara itu, saksi kelima Penolong Pegawai HalEhawal Islam Negeri Sabah Shabna@Sabanah Osman, 41, mengesahka­n Ag Mohd Tahir dan Fauziah Piut, 52, telah mengesahka­n sijil nikah pasangan suami isteri terbabit yang bernikah pada 4 April 1987 dalam Kariah Bongawan, daerah Papar.

Ag Mohd Tahir bersama isterinya Fauziah, Lim dan Teo didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Peguam Roland Cheng, Nelson Anggang dan Ram Sin g h mewakili Teo, manakala peguam Tan dibantu Baldev Singh dan Karpljit Singh mewakili Lim.

Tengku Amir dibantu Timbalan Pendakwara­ya Mohd Farez Rahman, Mahadi Abdul Jumaat dan Rozana Hj Abd Hadi.

“Penolong Bahagian Sasaran Operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Masyanti Main, 34, menyatakan beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat untuk membuka aduan terhadap bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, pada 7 Oktober 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia