Utusan Borneo (Sabah)

Jalankan tugas dengan penuh tanggungja­wab

Saranan Juhari kepada anggota Rela

-

KINABATANG­AN; Anggota Rela diingatkan agar menjalan tugas yang diamanahka­n kepada mereka dengan penuh tanggungja­wab kerana mereka adalah mata dan teliga kerajaan di samping menjaga ketenteram­an dan keselamata­n negara.

Penolong Pesuruhjay­a Kanan (Kehormat) Rela Dato Juhari Janan juga mengingatk­an kepada anggota Rela agar menjaga disiplin yang tinggi kerana mereka juga menjadi contoh kepada masyarakat khususnya apabila mereka memakai pakaian seragam pasukan itu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Rela bersama Pemimpin Peringkat Daerah Kinabatang­an di Dewan KOPEL Kampung Mangaris Batu Putih, di sini.

Juhari berkata, kini anggota Rela bukan lagi seperti dulu yang sekadar menjaga keamanan di kampungkam­pung tapi hari ini anggota Rela turut terlibat di barisan hadapan untuk menjaga keselamata­n negara.

Beliau juga menyeru kepada anggota Rela supaya ketika menjalanka­n tugas dengan tertib dan berdisipli­n semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebagai anggota Rela yang banyak mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan sudah pasti kita mempertaha­nkan kerajaan yang sedia ada, kerana kerajaan hari ini aman damai walaupun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum,” katanya.

Di majlis itu, Juhari turut menyampaik­an pakaian seragam kepada anggotan Rela. Turut hadir ialah Pegawai Rela Daerah Kinabatang­an Ismail Talib dan wakil OCPD Kinabatang­an ASP Marcos Ahdy Lawrehce.

“Saya mengingatk­an kepada anggota Rela agar menjaga disiplin yang tinggi kerana mereka juga menjadi contoh kepada masyarakat khususnya apabila mereka memakai pakaian seragam ” pasukan itu. DATO JUHARI JANAN Penolong Pesuruhjay­a Kanan (Kehormat) Rela

 ??  ?? JUHARI (tengah) bersama anggota Rela selepas majlis berkenaan.
JUHARI (tengah) bersama anggota Rela selepas majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia