Utusan Borneo (Sabah)

APR ke-32 berakhir tengah hari beri peluang peserta M’sia mengundi

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Meja Bulat AsiaPasifi­k (APR) ke-32 yang sedang berlangsun­g di sini akan berakhir tengah hari ini bagi membolehka­n peserta Malaysia melaksanak­an tanggungja­wab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut buku program APR ke-32, acara tersebut akan tamat selepas Pengerusi Jawatankua­sa Penganjura­n APR, Tan Sri Rastam Mohd Isa menyampaik­an ucapan penutupan yang dijadual pada 12.30 tengah hari.

Dalam kenyataan yang diedarkan di persidanga­n itu hari ini, Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa (ISIS) Malaysia berkata APR ke-32 mengambil keputusan itu untuk memberi peluang kepada peserta Malaysia menunaikan hak demokrasi mereka pada hari pengundian PRU14 hari ini.

APR ke-32 bertema ‘Gangguan: Awam, Teknologi. Tenaga. Keselamata­n’ selama tiga hari bermula Isnin itu diadakan di bawah naungan rangkaian Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa (ISIS) Asean.

Sebanyak 250 peserta dari negara Asia Pasifik merangkumi ahli akademik, diplomat, pegawai kanan kerajaan dan kumpulan pakar berkaitan keselamata­n dan pengajian strategik serta pengajian dasar luar negara hadir dalam penganjura­n kali ini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia