Utusan Borneo (Sabah)

Dari muka depan

-

Bagi menjalanka­n proses PRU14, SPR melantik 222 pegawai pengurus pilihan raya selain 259,391 petugas pilihan raya.

SPR menjangkak­an keputusan PRU14 akan dapat diketahui seawal 9 malam.

Parlimen dibubarkan pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada PRU14 yang disifatkan pemerhati politik sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ akan menyaksika­n pertembung­an utama antara BN yang ditunjangi UMNO dan pakatan pembangkan­g yang didominasi oleh DAP.

Menjelang hari pengundian, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menasihatk­an para pengundi supaya keluar mengundi awal kerana keadaan cuaca hari ini diramalkan hujan, dan tidak menunggu di saat-saat akhir.

Beliau menasihati pemilih membuat semakan pengundian masingmasi­ng seperti nama Pusat Mengundi dan saluran mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui aplikasi MySPR Semak atau laman pengundi spr.gov.my atau sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAK No kad pengenalan dan hantar ke 15888 atau menghubung­i talian 03-88927018 atau semak di barung SPR.

 ??  ?? DUA anggota polis, Insp Maxwell Richard (kanan) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan untuk mengundi di Dewan Masyarakat Padungan Kuching menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini.
DUA anggota polis, Insp Maxwell Richard (kanan) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan untuk mengundi di Dewan Masyarakat Padungan Kuching menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini.
 ??  ?? PETUGAS Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir dengan memeriksa kotak peti undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum dihantar ke pusat mengundi di Dewan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Gong Badak di Kuala Nerus.
PETUGAS Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir dengan memeriksa kotak peti undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum dihantar ke pusat mengundi di Dewan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Gong Badak di Kuala Nerus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia