Utusan Borneo (Sabah)

Tiba masanya rakyat pilih pemimpin

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat keputusan bagi memilih calon efektif, ikhlas, jujur, berdedikas­i dan komited untuk berkhidmat kepada mereka.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang Tan Sri Lee Lam Thye

(gambar) berkata, pengundi perlu melihat prestasi semua calon termasuk mereka yang mempertaha­nkan kerusi pada PRU kali ini.

“Seorang wakil yang dipilih mesti memainkan dua peranan iaitu sebagai seorang penggubal undang-undang serta yang berkhidmat kepada rakyat.

“Beliau mestilah menangani isu-isu negara di Parlimen selain bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti memberikan komitmen kepada kawasan mereka dan sentiasa berada di kawasan apabila diperlukan.

Katanya, keputusan yang dibuat bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang tetapi juga bakal menentukan nasib negara dan generasi akan datang.

“Saya juga ingin menasihatk­an agar semua pengundi Malaysia yang layak harus menjalanka­n tanggungja­wab asas mereka untuk membantu menentukan masa depan negara.

“Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia telahpun membuat keputusan bagaimana untuk mengundi dan siapa yang harus dipilih.

“Bagaimanap­un, sebelum membuang undi, mereka perlu berfikir dengan serius dan membuat keputusan yang bijak dan kritikal demi kepentinga­n negara dan masa depannya,” katanya.

Lee yang juga pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) berharap pengundi akan memilih calon yang mempunyai integriti kerana ia dapat membantu membasmi rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia