Utusan Borneo (Sabah)

176 pain darah dikumpul pada Kempen Derma Darah di Beaufort

-

SEBANYAK 176 pain darah berjaya dikumpul pada Kempen Derma Darah yang diadakan di perkaranga­n Y&Y Restoran dan Bistro pada Sabtu.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu merupakan anjuran Y&Y Restoran dan Bistro dengan kerjasama Hospital Beaufort, Hospital Sipitang dan Hospital Kuala Penyu dengan sokongan kumpulan Sukarela Tabung Darah Hospital Beaufort.

Turut diadakan ialah Karnival Mini Kesihatan iaitu pembukaan kaunterkau­nter perkhidmat­an dan pemeriksaa­n percuma kepada pengunjung.

Antaranya, Kaunter Ikrar Derma Organ, Klinik Berhenti Merokok untuk pengunjung yang ingin mengetahui cara terbaik berhenti merokok, Kaunter Klinik Mata untuk pemeriksaa­n mata dan penjagaan mata, Kaunter Diet dan Pemakanan Sihat, Kaunter Farmasi dengan kempen kenali ubat anda dan Kaunter Fisioterap­i untuk kempen berat badan ideal.

Pengunjung yang menderma darah juga berpeluang mendapat hadiah cabutan tiket bertuah, di samping pengunjung yang lain pula mencuba bakat nyanyian karaoke dan menikmati hidangan sajian yang disediakan penganjur.

Turut hadir pada kempen itu ialah Yeu Ing

Dee selaku pemilik Y&Y Restoran dan Bistro dan Pengarah Hospital Beaufort Dr Sutharsan A/

L Kannan.

 ??  ?? PARA petugas hospital dan Sukarela Tabung Darah Hospital Beaufort merakamkan foto kenangan. Turut kelihatan, Yeu (duduk, tengah) dan Dr Sutharsan (duduk, empat kiri).
PARA petugas hospital dan Sukarela Tabung Darah Hospital Beaufort merakamkan foto kenangan. Turut kelihatan, Yeu (duduk, tengah) dan Dr Sutharsan (duduk, empat kiri).
 ??  ?? LIMA wakil finalis dari keseluruha­n 18 finalis Pertanding­an Unduk Ngadau Beaufort turut menyatakan sokongan dengan hadir pada kempen derma darah.
LIMA wakil finalis dari keseluruha­n 18 finalis Pertanding­an Unduk Ngadau Beaufort turut menyatakan sokongan dengan hadir pada kempen derma darah.
 ??  ?? KAUNTER Klinik Mata turut dibuka dan menyediaka­n khidmat nasihat dan pemeriksaa­n mata secara percuma.
KAUNTER Klinik Mata turut dibuka dan menyediaka­n khidmat nasihat dan pemeriksaa­n mata secara percuma.
 ??  ?? AZECQULINE Lajukim, salah seorang peserta finalis Unduk Ngadau Beaufort turut menderma darah.
AZECQULINE Lajukim, salah seorang peserta finalis Unduk Ngadau Beaufort turut menderma darah.
 ??  ?? KAUNTER daftar dan pemeriksaa­n kesihatan telah mula sesak seawal jam 7.30 pagi.
KAUNTER daftar dan pemeriksaa­n kesihatan telah mula sesak seawal jam 7.30 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia