Utusan Borneo (Sabah)

Mengundi secara berdisipli­n

Permintaan PDRM kepada pengundi, penyokong parti politik

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatk­an semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisipli­n serta tidak mencetuska­n sebarang provokasi semasa hari pengundian pada Rabu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata P DR Makan memantau situasi seluruh proses pengundian, penjumlaha­n undi dan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga selesai.

Beliau meminta kepada semua pihak agar mematuhi nasihat polis termasuk ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang bertanggun­gjawab di kawasan masing-masing.

“Selain itu, saya juga menasihatk­an kepada pengundi agar keluar awal untuk mengundi bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan.

“Mengenai tahap keselamata­n, pengundi tidak perlu bimbang kerana di tempat mengundi ada polis yang ditugaskan mengawal keselamata­n termasuk lalu lintas,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Zulkifli berkata pihaknya mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi di setiap pusat mengundi, penjumlaha­n undi dan keputusan pengundian.

“Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah dan mengharapk­an kerjasama semua pihak ketika proses mengundi sedang berlangsun­g,” katanya.

Pada Isnin, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab menugaskan sebanyak 10,939 pegawai dan anggota petugas bantuan sumber manusia PDRM untuk melapor diri di 13 kontinjen seluruh negara sempena PRU14.

Kesemua anggota dan pegawai berkenaan adalah dari Bukit Aman, Maktab PDRM Cheras, Pusat Latihan Polis seluruh negara bagi penugasan kepolisan am termasuk kawalan balai polis dan pelbagai urusan pilihan raya.

Sementara itu di Lahad Datau, polis Sabah menerima 141 laporan dan menangkap seorang suspek sejak kempen PRU14 bermula pada 28 April hingga Isnin.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata daripada jumlah itu, 56 kertas siasatan telah dibuka dengan membabitka­n 18 jenis kesalahan.

“Ini termasuk membabitka­n kesalahan fitnah dan Akta Antiberita Tidak Benar, serta yang paling banyak disiasat adalah kes khianat iaitu 17 kes seperti bakar, koyak dan buang poster.

“Kita ada satu tangkapan di Papar pada 1 Mei, suspek yang menyamar sebagai pegawai polis,” katanya kepada pemberita di sini.

Ramli berkata sehingga kini tiada kejadian serius berlaku dan keadaan keselamata­n sepanjang kempen PRU14 di Sabah adalah terkawal.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 15,000 anggota PDRM bertugas sepanjang PRU14 di Sabah.

Di Shah Alam, polis Selangor membuka 53 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan kempen PRU14 setakat ini dengan perbuatan khianat mencatatka­n kes tertinggi.

Pegawai Perhubunga­n Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Nordin Manan berkata sehingga kini, kertas siasatan bagi 19 kes melibatkan perbuatan khianat dibuka sepanjang tempoh itu mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata 10 lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pillihan Raya (AKPR) 1954 melibatkan kesalahan penganjura­n perhimpuna­n awam dan ceramah.

“Di samping itu, kita juga mendakwa seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20- anyang dikesan membawa parang semasa ceramah kempen pilihan raya dengan kes mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958,” katanya kepada pemberita di sini.

Nordin berkata secara keseluruha­n, polis Selangor menerima 114 laporan dari hari pertama kempen PRU14 sehingga kini, manakala 1,878 ceramah politik diadakan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata sejumlah 14,819 pegawai dan anggota polis serta 1,890 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) akan bertugas esok bagi memastikan kelancaran perjalanan hari pengundian PRU14.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an pengundi untuk keluar awal dan merancang perjalanan bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas di pusat mengundi.

Beliau berkata polis tidak akan membuat sebarang penutupan jalan di tempat mengundi dan hanya akan membuat lencongan jalan sekiranya keadaan memerlukan.

“Kita juga mengingatk­an agar penyokong parti politik tidak menimbulka­n sebarang tindakan provokasi, menghalang atau mengugut para pengundi semasa hari pengundian esok(hari ini),” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PERSIAPAN:
Petugas mengundi Parlimen Bukit Bendera bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 memeriksa dokumen dan peralatan mengundi sebelum dibawa ke pusat mengundi masingmasi­ng di Kompleks Masyarakat Penyayang di George Town Selasa.
-Gambar Bernama PERSIAPAN: Petugas mengundi Parlimen Bukit Bendera bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 memeriksa dokumen dan peralatan mengundi sebelum dibawa ke pusat mengundi masingmasi­ng di Kompleks Masyarakat Penyayang di George Town Selasa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia