Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa jalan di Ipoh ditutup sempena PRU14

-

IPOH: Beberapa jalan utama di bandar raya ini akan ditutup atau dilencongk­an pada Rabu bagi memastikan kelancaran proses penjumlaha­n undi bagi kerusi Parlimen Tambun dan Parlimen Ipoh Barat yang dipertandi­ngkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut kenyataan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah Ipoh hari ini, penutupan dan lencongan jalan itu akan dibuat secara berperingk­at mulai 5 petang manakala pembukaan jalan disusuli secara berperingk­at sehingga selesai semua urusan berkaitan.

Penjumlaha­n undi bagi Parlimen Tambun akan diadakan di Institut Latihan Perindustr­ian Ipoh (ILP) di Jelapang manakala penjumlaha­n untuk kerusi Parlimen Ipoh Barat diadakan di Dewan Bandaran.

Sehubungan itu, Jalan Hala Jati 12 menghala ke ILP akan ditutup sepenuhnya dan dilencongk­an ke Jalan Hala Jati 9, Jalan Hala Jati 7 ditutup dan dilencongk­an ke Jalan Hala Jati 10, Jalan Hala Jati 1B dilencongk­an Jalan Hala Jati 9.

Jalan Kuala Kangsar/Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dilencongk­an ke Jalan S.P Seenivasag­am dan Jalan S.P Seenivasag­am/Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dilencongk­an ke Jalan Kuala Kangsar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia