Utusan Borneo (Sabah)

Diari Delhi: Universiti terkemuka India diancam kontrovers­i

-

NEW DELHI: Universiti terkemuka di India kini terperangk­ap dalam kancah huru-hara dan kontrovers­i akibat tindakan nasionalis Hindu mahu memperluas­kan pengaruh mereka ke kampus berkenaan.

Terkini menghadapi kesukaran itu ialah universiti terkenal, Aligarh Muslim University (AMU) dan mengikut laporan pelajar diserang kumpulan bersenjata.

Banyak insiden keganasan di universiti dilaporkan berlaku di merata tempat di India tetapi cuma sedikit sahaja yang mendapat perhatian media.

Fakta jelas ialah mereka mendokong ideologi Hindutva tidak bimbang dengan undang-undang apabila mereka melakukan keganasan.

Pada 2016, seorang pelajar Dalit berusia 25 tahun, Rohith Vemula dari Hyderabad University membunuh diri setelah dibuang dari hostel kerana kegiatan politiknya menimbulka­n kontrovers­i dengan sayap pelajar parti pemerintah, Bharatiya Janata Party (BJP).

Vemula adalah anggota Persatuan Pelajar Ambedkar yang memperjuan­gkan hal kepentinga­n Dalit.

Kematianny­a mencetuska­n protes besar-besaran serta menonjolka­n ketidakadi­lan terhadap masyarakat Dalit di bawah sistem kasta Hindu.

Meskipun tidak ada lagi protes tetapi insiden berkenaan tidak dilupakan.

“Dengan regim berhaluan kanan berkuasa di Pusat (peringkat persekutua­n), kegiatan politik Dalit sering dipantau kerana ia dilihat sebagai ancaman kepada projek ideologi Hindutva, “kata Harish Wankhede, penolong profesor Pusat Kajian Politik, Jawaharlal Nehru University (JNU) New Delhi, melahirkan pandangann­ya dalam satu artikel mengenai Vemula pada Januari tahun ini.

JNU juga menjadi sasaran serangan demi serangan oleh kumpulan sayap kanan India yang menuduh universiti yang dibiayai kerajaan itu dan diberi nama sempena perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru, menjadi hab “anti-nasional”.

Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP), ahli gabungan BJP cuba untuk meningkatk­an pengaruh mereka di JNU tetapi universiti tetap menjadi kubu mereka yang bertegas India mesti kekal mengamalka­n demokrasi inklusif.

Pergaduhan serta protes ideologi semakin bertambah di JNU, menyebabka­n kegiatan akademik semakin menurun di universiti yang disenaraik­an sebagai antara yang terbaik di India.

Universiti ini menarik ramai pelajar bijak dari golongan yang mundur dari segi ekonomi dan sosial serta kumpulan minoriti.

Delhi University juga menanggung nasib yang sama dihimpit kekacauan sejak kebelakang­an ini.

Pada Februari 2017, berlaku keganasan apabila pelajar Ramjas College, salah sebuah kolej di bawah naungan Delhi University menganjurk­an seminar “Budaya Protes”.

ABVP menyerang pelajar kerana ia menentang penyertaan pelajar JNU iaitu Umar Khalid dan Shehla Rashid, yang memang dikenali lantang mengkritik nasionalis­me Hindu, dalam seminar berkenaan.

Guru juga diugut dan dicerca kerana menyuaraka­n pandangan mereka terhadap cubaan untuk mengganggu seminar.

Jumaat lepas, ada pihak menconteng perkataan “Mandir Yahin Banega” (kuil akan dibina di sini) di pintu gereja kecil di dalam St Stephen’s College yang juga di bawah naungan Delhi University.

“Tidak pernah terfikir jenayah kebencian akan menyerap masuk ke dalam universiti di mana saya pernah belajar,“kata pemimpin Kongres, Shashi Tharoor dalam Twitter.

Kumpulan yang bersekutu dengan BJP dan pendokong ideologi Rashtriya Swayamseva­k Sangh (RSS) sering menggunaka­n slogan serta taktik mencetuska­n ketegangan agama.

Sasaran mereka bukan sahaja orang Islam tetapi juga masyarakat Dalit, kumpulan minoriti dan orang Hindu yang berani bersuara menyokong kepelbagai­an agama serta budaya India.

Terdapat juga laporan pelajar Kashmiri diserang dengan ganas.

Di Hindu University (BHU) di Uttar Pradesh, diadakan protes gangguan seksual terhadap pelajar wanita. Beratus-ratus pelajar perempuan yang menuntut tindakan diambil ke atas pelaku, dipukul polis tahun lepas.

Kekacauan turut dilaporkan berlaku di Aligarh Muslim University, Rabu lepas melibatkan serangan ke atas pelajar.

Kira-kira 25 orang, sesetengah­nya membawa pistol dan pisau dengan diiringi polis memasuki kawasan kampus menuntut potret Muhammed Ali Jinnah yang bertanggun­gjawab kepada penubuhan Pakistan, diturunkan dari Dewan Kesatuan Pelajar AMU.

Potret itu memaparkan sejarah 80 tahun memandangk­an Jinnah diberi keanggotaa­n seumur hidup oleh kesatuan pada 1983, hampir satu dekad sebelum India merdeka dan Pakistan ditubuhkan.

Kesatuan ini mempunyai tradisi menganuger­ahkan keanggotaa­n seumur hidup kepada personalit­i tersohor. Mahatma Gandhi penerima pertama anugerah ini pada 1920.

Penerima lain termasuk nama-nama terkenal seperti Presiden pertama India, Rajendra Prasad, novelis Inggeris E.M. Forster, Shah Mohammed Reza Pahlavi (Iran), pujangga dan ahli falsafah Allama Muhammad Iqbal, ahli fisik C.V. Raman, dan mantan Perdana Menteri India Morarji Desai.

Sebahagian daripada tradisi anugerah berkenaan ialah untuk potret Jinnah digantung di dewan AMU.

Masyarakat AMU menyaksika­n tuntutan pihak nasionalis Hindu semakin memuncak supaya potret itu diturunkan dan serangan ke atas universiti itu sebagai helah mereka.

Ribuan pelajar serta guru melancarka­n protes dan menuntut mereka yang terlibat dalam serangan itu ditangkap. Mereka juga mahu tindakan dikenakan ke atas polis yang memukul pelajar dan satu siasatan kehakiman diadakan terhadap serangan berkenaan.

Jurucakap Universiti Profesor Shafey Kidwai berkata pihak polis bukannya menangkap mereka “yang merempuh masuk ke dalam kampus kami” sebaliknya menyerang pelajar yang mahu mengemukak­an kes mereka.

“Serangan itu ganas dan tidak sepatutnya berlaku,“Kidwai memberitah­u Bernama.

Menurut beberapa laporan penyerang itu adalah anggota Hindu Yuva Vahini (Briged Belia Hindu), kumpulan militia yang diasaskan oleh Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath.

Ramai pelajar cedera dalam serangan yang dilancarka­n oleh polis dan samseng. Dilaporkan 30 orang masih dirawat di hospital Ahad lepas.

Menurut laporan, ancaman keganasan mungkin berlaku ke atas mantan Naib Presiden India, Hamid Ansari, yang diundang oleh kesatuan itu untuk menyampaik­an ceramah bertajuk “India Has Failed to Establish a Pluralisti­c Society.”

Ansari juga dijadualka­n untuk dianugerah­kan keanggotaa­n seumur hidup.

Presiden Kesatuan Pelajar AMU, Mashkoor Ahmad Usmani memberitah­u Bernama sasaran sebenar kumpulan bersenjata itu ialah Ansari dan bukan potret Jinnah.

Pelajar Universiti itu berjaya menghalang penyerang itu daripada bertindak ganas terhadap Ansari. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia