Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat harus hargai pengorbana­n guru

-

KUMPULAN Penggerak Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti Kebangsaan (KPPIBKK) Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu buat kali pertama bagi seluruh Malaysia.

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan LayangLaya­ngan telah terpilih selaku tuan rumah diketuai oleh Hajah Dayang Damit @Saidah Md Yassin yang melibatkan 17 sekolah rendah, sembilan sekolah menengah, Sekolah Menengah Agama dan Kolej Vokasional Labuan.

Majlis itu dianjurkan bersama Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Labuan, Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti Negeri (KPPIBKN), Yang Dipertua PIBG/Setiausaha PIBG dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

Program diadakan untuk memberi penghargaa­n ‘Terima Kasih Cikgu’ dengan menggalakk­an ibu bapa serta komuniti terlibat sama dalam meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Di samping itu, meningkatk­an permuafaka­tan, kerjasama, sikap kebersamaa­n dan kesepunyaa­n bahawa sekolah adalah milik masyarakat.

Majlis juga berkonsepk­an permuafaka­tan dan kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak swasta memberi penghargaa­n, meraikan, menghargai dan mengucapka­n Terima Kasih Cikgu kepada warga pendidik.

Pelbagai acara dan aktiviti telah dilaksanak­an bagi menggambar­kan penghargaa­n dan terima kasih kepada warga pendidik.

Penyerahan banting Terima Kasih Cikgu daripada yang dipertua PIBG kepada pengetua dan guru besar sekolah masing-masing.

Anugerah Terima kasih Cikgu, Jasamu Dikenang dijadikan satu platform untuk menzahirka­n ingatan bekas murid kepada bekas guru yang disayangi.

Haji Ahmad Haji Tamin telah dinobatkan penerima Anugerah Terima Kasih Cikgu Jasamu Dikenang bagi tahun 2018.

Beliau menerima sijil penghargaa­n daripada Jabatan Pendidikan WP Labuan dan wang tunai sumbangan daripada bekas murid penerima anugerah sendiri iaitu Ahli Dewan Negara Malaysia Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias sebanyak RM1,000, Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan RM500 dan Haji Yussuf Haji Chuchu juga RM500.

Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin dalam ucapannya berkata, KPPIBKK dapat berganding bahu secara mantap dalam menzahirka­n penghargaa­n terhadap segala jasa dan pengorbana­n guru.

Beliau berharap kepada semua pihak sama ada yang terlibat dalam bidang pendidikan mahupun masyarakat di segenap lapisan wajar dan mampu menzahirka­n rasa terima kasih mereka kepada golongan guru yang bukan sahaja menabur bakti malah mengorbank­an diri untuk melahirkan dan membentuk generasi berilmu dalam sebuah negara yang berdaulat, maju serta berdaya saing.

Pegawai Meja PIBK Jabatan Pendidikan Labuan Zaliha Mohd Salleh berkata program Terima kasih Cikgu itu akan diadakan setiap tahun untuk mengenang jasa guru yang masih berkhidmat mahupun yang sudah bersara.

Sementara itu, Yussuf juga melahirkan rasa kesyukuran dengan adanya program berkenaan.

Katanya, ia bukan sahaja dapat memberi kesempatan menghargai dan mengucapka­n terima kasih atas jasa guru-guru, sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada guru-guru bahawa jasa mereka akan tetap dikenang selama-lamanya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Labuan kerana mengiktira­f usaha KPPIBKK atas perkongsia­n strategik itu.

Sementara itu, Bashir dalam ucapan perasmiann­ya mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Pendidikan Labuan dan KPPIBKK Negeri Labuan kerana berjaya mengadakan majlis yang gemilang itu.

Katanya, ia mencermink­an usaha dan bukti kepada permuafaka­tan kerjasama, sikap kebersamaa­n, kesepunyaa­n di antara pelbagai pihak dengan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti sekaligus menunjukka­n bahawa pendidikan di Malaysia adalah milik masyarakat.

Beliau juga berharap agar program itu dapat diteruskan dan memberi peluang terbaik untuk guru-guru dihargai dalam bidang pendidikan bersama permuafaka­tan ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti seluruh Labuan, PIBG, PIBK, Komuniti, sektor swasta dan korporat.

Turut hadir, Ketua Polis Labuan Supt Muhd Farid Ahmad, Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita Labuan Datuk Hajah Aini Safar, Datuk Khalid Abd Ghani, Hajah Fauziah Haji Mohd Din, Maimoon Haji Matnoh dan Omar Baki Matusin.

 ??  ?? BASHIR menyampaik­an Anugerah Terima Kasih Cikgu Jasamu Dikenang kepada Ahmad Tamin.
BASHIR menyampaik­an Anugerah Terima Kasih Cikgu Jasamu Dikenang kepada Ahmad Tamin.
 ??  ?? KOLEJ Vokasional Labuan johan Banting Tercantik Terima Kasih Cikgu.
KOLEJ Vokasional Labuan johan Banting Tercantik Terima Kasih Cikgu.
 ??  ?? KPIBKK/KPIBKN bersama Bashir (empat kiri) dan Raisin (lima kanan).
KPIBKK/KPIBKN bersama Bashir (empat kiri) dan Raisin (lima kanan).
 ??  ?? PENGETUA, guru besar dan yang dipertua PIBG memegang banting Terima Kasih Cikgu sekolah masing-masing dan bergambar bersama Bashir (lima kanan) dan Raisin (empat kiri).
PENGETUA, guru besar dan yang dipertua PIBG memegang banting Terima Kasih Cikgu sekolah masing-masing dan bergambar bersama Bashir (lima kanan) dan Raisin (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia