Utusan Borneo (Sabah)

Dua lori bertembung, pemandu tersepit

-

SARIKEI: Dua pemandu tersepit di tempat duduk masing-masing dalam kemalangan membabitka­n pertembung­an dua lori berhampira­n simpang Minah dekat sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 11.50 malam.

“Ketika kejadian, kedua-dua lori tersebut datang dari arah bertentang­an, namun punca sebenar kemalangan ini masih dalam siasatan.

“Pihak bomba mengambil masa lebih kurang satu jam untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit” katanya kepada media, pada Isnin

 ??  ?? ANGGOTA bomba bekerja keras mengeluark­an mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba bekerja keras mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia