Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina perlu bersatu lindungi kepentinga­n sendiri

-

MIRI: Masyarakat Cina digesa supaya bersatu untuk membina satu kekuatan yang dapat dijadikan benteng untuk melindungi kepentinga­n masyarakat mereka dan rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, perkara ini penting kerana hanya dengan kekuatan, segala anasir negatif akan dapat ditangkis.

Katanya, walaupun banyak khabar angin tentang isu perkauman telah dibangkitk­an sepanjang tempoh berkempen ini, namun terpulang kepada masyarakat setempat itu sendiri untuk menentukan kesahihan khabar angin tersebut berdasarka­n penilaian mereka sendiri.

“Ada kata-kata mengatakan bahawa masyarakat Cina tidak akan dapat bersatu, namun selagi saya berada di sini sebagai seorang pengamal perubatan tempatan dan juga bekas ahli politik, saya tidak mahu melihat kata-kata itu menjadi kenyataan kerana saya percaya masyarakat Cina memang dapat bersatu.

“Sering kita lihat, masyarakat Cina seolah-olah tidak peduli dengan apa yang berlaku di persekitar­an mereka dan meneruskan rutin harian masingmasi­ng seperti biasa.

“Namun apabila sesuatu yang besar berlaku dan menyakiti mereka, nescaya suatu hari mereka akan berkumpul dan bangkit bersatu untuk menepis anasir-anasir negatif tersebut,” katanya.

Dr Chan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Rumah Kedai Lama Miri di sebuah hotel terkemuka di sini, Isnin malam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) Lee Khoi Yun, Penyelia Jawatankua­sa Dana Bangunan Rumah Kedai Lama Bandar Miri Lee Choon Seng, Pengerusi Kehormat MCCCI Datuk Sim Hock Guan dan Temenggung Datuk Seri Lee Sie Tong.

 ??  ?? DR CHAN (tengah kiri) dan Sim (tengah kanan) diapit Lee di sebelah kiri dan Ting di sebelah kanan serta tetamu kehormat lain pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Kedai Lama Miri di sebuah hotel di Miri.
DR CHAN (tengah kiri) dan Sim (tengah kanan) diapit Lee di sebelah kiri dan Ting di sebelah kanan serta tetamu kehormat lain pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Kedai Lama Miri di sebuah hotel di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia