Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Tamu Saberkas beri peluang petani dan nelayan jual produk

-

BINTANGOR: Pasar Tamu Saberkas berhampira­n tapak RGC Semop memberi peluang kepada para petani dan nelayan di kawasan berhampira­n menjual produk masing-masing, sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) N.42 Semop yang membuka pasar tamu itu berpendapa­t lokasi itu strategik memandangk­an menjadi laluan orang ramai yang datang dari Mukah, Daro, Sibu, Tanjung Manis, Sarikei dan Serdeng.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang juga pengerusi Saberkas Semop berkata pasar tamu yang dibuka setiap hari itu, mempunyai 22 gerai sebagai permulaan.

“Jika sambutanny­a baik, kita akan berusaha menambah baik kemudahan pasar ini.

“Ruang niaganya juga akan ditambah namun bergantung kepada sambutan daripada orang ramai,” katanya pada Program Santai Saberkas Meradong di Kampung Muhibbah Bintangor, malam Ahad lalu.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab, Pegawai Daerah Meradong Haron Mahidi dan Ketua Pemuda PBB Meradong Halmi Morsili.

Abdullah mahu pasar tamu itu dimanfaatk­an sebaik-baiknya kerana mampu melonjakka­n potensi kawasan tersebut sebagai pengeluar hasil pertanian dan perikanan.

Antara produk yang boleh didapati pasar tamu ini antaranya ialah sayur-sayuran, buah-buahan, makanan dan minuman serta hasil laut.

Pasar itu dirasmikan Abdullah pada Sabtu lepas.

Mengulas mengenai pasar tersebut, Pengerusi Saberkas Unit Kampung Semop Rosita Jahari berkata mereka amat berterima kasih kepada Abdullah atas inisiatif tersebut.

Menurutnya, pembukaan premis tersebut amat dinanti-nantikan mereka kerana memberi peluang belia dan beliawanis berniaga sekali gus meningkatk­an pendapatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia