Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan di daerah Limbang memerlukan Anjung Usahawan

-

LIMBANG: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak perlu melihat keperluan untuk membina prasarana perniagaan Anjung Usahawan di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kemudahan itu penting berikutan peningkata­n jumlah usahawan di daerah yang memerlukan kemudahan perniagaan untuk memasarkan produk mereka.

“Saya mahu di Limbang ditubuhkan kemudahan Anjung Usahawan masing-masing di bandar, Batu Danau dan Medamit,” katanya pada Perasmian Penutupan Program Jerayawara Keusahawan di sini, pada Isnin.

Turut hadir Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak Datu Liaw Soon Eng, Ketua Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pembanguna­n Usahawan di Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak Samad Junai dan tetamu lain.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, Lawas sudah mempunyai Anjung Usahawan di Merapok.

“Anjung Usahawan di Merapok merupakan satu lagi inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) membela usahawan Bumiputera yang menceburi aktiviti industri kecil dan sederhana,” ujarnya.

Kerajaan menurutnya, turut menumpukan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS).

“Lebih 90 peratus pertubuhan perniagaan terdiri daripada PKS.

“Ini menunjukka­n PKS merupakan tonggak kekuatan pembanguna­n ekonomi negara, selain menyediaka­n peluang pekerjaan,” katanya.

Sebagai usahawan yang ingin berjaya ujarnya, mereka tidak harus berasa rendah diri.

“Apa yang penting kita perlu menjaga produk dari segi kualiti dan pembungkus­an.

“Kita mahu mempromosi­kan produk halal kerana mendapat permintaan tinggi di pasara dunia, bukan sahaja dari segi makanan tetapi barang kecantikan, herba serta industri keci dan sederhana lain (IKS),” katanya.

Beliau menambah, kerajaan terus meningkatk­an keupayaan dan kapasiti PKS di seluruh negara termasuk membangunk­an jenama dan meningkatk­an pembungkus­an produk yang mampu memenuhi kehendak pelanggan.

Malah jelasnya, manifesto BN turut meningkatk­an penglibata­n golongan wanita dan generasi muda dalam perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia