Utusan Borneo (Sabah)

Isu tanah NCR akan diselesaik­an tidak lama lagi: Uggah

-

KUCHING: Isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) akan diselesaik­an tidak lama lagi dan surat hak milik juga diberikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia kerana kerajaan kini giat mencari cara dan kaedah untuk menyelesai­kan isu itu dengan sebaik mungkin.

“Sebagai contoh adalah tanah NCR di Singai dan tanah itu akan terus disukat kerana amat penting bagi tanah NCR mempunyai surat hak milik.

“Beberapa hari sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meminta saya mempengeru­sikan jawatankua­sa untuk memastikan semua tanah NCR yang disukat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) yang diketuai Datu Ik Pahon diberi surat hak milik,” katanya berucap merasmikan penutupan Jualan Gawai Bau (BGS) 2018 di Dataran Bau di sini, malam Sabtu.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, tanah berkenaan kini dalam proses pemberian surat hak milik dan Abang Johari mengarahka­n ia dipercepat­kan.

Beliau berkata, adalah amat penting untuk kerajaan terus melaksanak­an pengukuran perimeter tanah NCR iaitu pertama di bawah Seksyen 6, kemudian di bawah Seksyen 18 supaya tanah itu dapat dikeluarka­n dengan surat hak milik berasingan.

Tambahnya, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah mengenal pasti 1.2 juta hektar tanah NCR di seluruh Sarawak dan daripada itu 855,000 hektar disukat serta 650,000 hektar pula telah diwartakan sementara 6,000 hektar kawasan adalah disukat di bawah Seksyen 18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia